in

“Dari hisap rokok baik hisap vape” – Netizen Geram Tengok Video Tular Dua Budak Kecil Selamba Hisap Vape

Collage 36

Tak lama dulu kecoh bila video ibu bapa bagi anak dorang yang baru berusia 2 tahun hisap rokok elektronik, sekarang tular lagi video di media sosial menunjukkan dua budak lelaki masih kecil selamba hisap vape dekat luar rumah.

Dalam video yang tular itu, dilihat salah seorang budak lelaki memakai baju putih sedang menghisap vape sebelum memberikan pod itu kepada seorang lagi budak lelaki.

Individu yang merakamkan kejadian itu kedengaran menanyakan kanak-kanak tersebut dari mana dia dapat vape tersebut. Budak memakai baju putih itu menjawab yang vape tersebut yang dikatakan bernilai RM500 itu dibelinya sendiri hasil dari duit yang dikumpul.

Sdadssds 1621773763

Tak cukup dengan itu, budak tersebut turut kedengaran memberi alasan:

Dari hisap rokok baik hisap vape.”

Sebelum beredar, individu yang merakam video tersebut turut meminta agar budak-budak tersebut berhati-hati.

Baik-baik tau, kau kena tangkap kang.”

Menurut Harian Metro, gejala menghisap vape ini semakin diterima masyarakat sehingga berjangkit kepada kanak-kanak.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed mengatakan, tinjauan yang dibuat oleh Tembakau dan Rokok Elektronik dalam kalangan Remaja Malaysia menunjukkan terdapat 19.1% remaja berusia dari 10 hingga 19 tahun pernah menggunakan rokok elektronik.

Lebih membimbangkan lagi, 46.5 peratus daripada mereka mencuba rokok elektronik buat pertama kali sebelum usia 14 tahun.

“Sebanyak 10.6 peratus daripada mereka melaporkan pernah ditawarkan rokok elektronik manakala 7.9 peratus ditawarkan cecair untuk rokok elektronik secara percuma.”

Tak cukup dengan itu, netizen yang melihat video ini turut menzahirkan rasa bimbang dan turut menyalahkan promosi vape yang dibuat oleh selebriti-selebriti di Malaysia hingga boleh mempengaruhi kanak-kanak.

Screenshot 2021 05 24 At 3.02.33 Pm Down

 

Baca: Bagi Anak Hisap Vape: Bapa Direman 7 Hari, Anak & Ibu Dibawa Ke HKL

Screenshot 2021 05 24 At 3.13.33 Pm