Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila adegan ‘hangat’ di antara pelakon ternama tempatan Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa tular.
Isu itu bukan sahaja menarik perhatian netizen malah, ia juga dikatakan menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ia bukanlah sesuatu yang biasa dilihat dalam industri perfileman Malaysia.
Ramai yang kenal dengan pelakon Zul Ariffin, bagaimanapun buat pendatang baru Siti Hariesa namanya masih belum begitu dikenali dan ternyata ramai netizen yang ingin tahu siapakah sebenarnya gadis itu.
Menurut Media Hiburan, Siti Hariesa merupakan seorang pelakon baru dan juga bekas peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2019.
Disebabkan klip aksi panasnya dengan Zul Ariffin itu, followers Siti Hariesa bertambah dari 8K sehingga kini mencecah hampir 30K.
Walaupun perkara itu sedang hangat diperkatakan, pelakon muda itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Nak ‘cancel’, tapi followers makin bertambah?
Dalam kalangan netizen, jika bangkitnya sesebuah isu yang menyentuh sensitiviti sesebuah topik yang hangat seperti agama atau perkauman biasanya mereka akan nekad untuk cancel individu yang berkenaan.
Dikatakan, ramai yang kecam pelakon baru itu kerana tidak mengikuti batas agama dan sanggup melakukan adegan tersebut hanya kerana ingin mempromosikan drama yang bakal ditayangkan itu.
Bagaimanapun, lain pula yang terjadi kepada pelakon baru itu apabila pengikutnya di Instagram naik dengan mendadak.
Hmm, lain macam lah netizen Malaysia ni!
Baca: Viral Babak Panas Drama ‘Perempuan Itu’, JAKIM Bakal Panggil Zul Ariffin & Siti Hariesa