Kurang lebih 6 jam sahaja lagi menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, yang akan bermula tepat jam 12 tengah malam 9 September 2021 (hari ini). Apa yang menarik untuk edisi kali ini, Lazada ada kongsikan kalendar LazMall sebagai panduan kepada korang semua untuk online shopping kejap lagi.
Difahamkan, ada terdapat pelbagai tawaran terbaik bukan sahaja hari ini, tetapi sehingga penghujung September nanti di mulakan dengan LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals pada jam 12 tengah malam nanti hingga 2 pagi pada 9 September 2021.
Menariknya, pelbagai tawaran terbaik di pasaran boleh dinikmati pada dua jam pertama Jualan 9.9 Lazada yang akan berlangsung tengah malam nanti sempena LazMall Crazy Brand Mega Offers. Sebagai persiapan, pengguna diminta untuk menambah nilai Lazada Wallet lebih awal.
Selain Lazmall Crazy Brand Mega Offers, Lazada turut memperkenalkan Exclusive Midnight Deals pada tahun ini. Difahamkan, pelanggan akan menerima baucar tambahan 10% serta 999 LazCoins disamping promosi sedia ada dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi nanti.
Lebih menarik, baucar 10% tersebut boleh digunakan bersama LazMall Crazy Brand Mega Offers yang turut disediakan di laman Jualan 9.9 Lazada tepat jam 12 malam hari ini. Ia juga boleh ditebus dalam tempoh 2 jam pertama bagi produk terpilih di laman tersebut.
Sekiranya pembelian dilengkapkan sebelum jam 2 pagi, 999 LazCoins akan dikreditkan secara automatik kedalam akaun korang dalam aplikasi Lazada.
Selain daripada LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi ini pada 9 September, diskaun RM9 bagi setiap perbelanjaan RM99 melalui Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma, dan diskaun sehingga 60% juga ditawarkan sepanjang Jualan 9.9 Lazada dari 9 September hingga 11 September nanti.
“Terdapat lebih 10,000 jenama yang boleh didapati di LazMall Malaysia, iaitu 3,800 lebih banyak berbanding tahun lepas”
Nak tengok jenama apa yang ada buat offer, korang boleh rujuk disini :