in

“Dalam perang bunuh atau hidup” – Dirawat di ICU & Tak Perlu Ventilator, Veteran World War II Umur 99 Tahun Sembuh Covid-19!

leftenan piveta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada usia 99 tahun, veteran Perang Dunia Kedua ini menjadi warga Brazil tertua yang berjaya pulih daripada wabak Covid-19.

Menurut Berita Harian, Ermando Piverta merupakan leftenan kedua dalam pasukan Tentera Brazil ketika Perang Dunia Kedua dan berkhidmat di Afrika.


piveta1

piveta6

Piveta disambut dengan sorakan ketika meninggalkan Hospital Angkatan Bersenjata di Brazil. Dengan memakai topi tentera dan memberi salam sambil duduk di atas kerusi rodanya itu, Piveta tersenyum melihat petugas perubatan, tentera dan petugas media memberikan tepukan buatnya.

“Memenangi pertempuran ini bagi saya lebih besar daripada memenangkan pertempuran ketika perang. Dalam perang, anda membunuh atau hidup. Di sini anda harus berjuang untuk hidup.” 

piveta2

piveta7

Difahamkan, 2 minggu lalu Piveta menjalani pemeriksaan dan didapati positif Covid-19. Beliau menghabiskan 2 hari di wad rawatan intensif hospital selepas mengalami radang paru-paru.

Bagaimanapun, Piveta tidak pernah memerlukan ventilator dan pulih kerana bentuk fizikalnya yang baik dek kerana latar belakang kehidupannya sebagai tentera dan umur panjang dengan diurus oleh keluarganya.

piveta8

Baca: “Finally COVID Free!!!” – Keluarga Frontliner ‘Tik Tok’ Kini Pulih Daripada Covid-19 Dan Dibenarkan Pulang

Feature img

Sumber: Noticia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.