Baru-baru ni, banyak kawasan di Lembah Klang yang terjejas dengan bencana banjir disebabkan hujan berpanjangan tanpa henti sejak Jumaat lepas dan ramai juga yang terpaksa mengharungi detik-detik cemas ketika dilanda musibah itu.
Tapi, korang still ingat lagi tak dengan penyanyi legenda dari tahun 1980-an dan 1990-an iaitu Zaiton Sameon? Ternyata dia juga terjejas dengan kejadian banjir kerana difahamkan kawasan perumahannya juga dinaiki air.
Namun, gelagat dirinya yang dikongsikan di akaun rasmi TikTok miliknya ternyata buat ramai terhibur! Apa pula yang dia buat time-time hujan lebat ni?
@realzaitonsameon Banjir oh banjir#fyppp #zaitonsameon
“Wahhh! Siap posing nyanyi lagu sendiri pula tu! Feeling betul kat atas atap tu ehh…” – Komen netizen
Ternyata ramai yang memuji aksi bersahaja Zaiton yang lebih mesra dipanggil Kak Eton itu kerana dia dilihatkan positif dalam menghadapi banjir dan ianya membuatkan netizen turut berterima kasih kerana menceriakan hari mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan Kak Eton sememangnya penghibur kerana masih steady untuk menyanyi walaupun hanya berbekalkan atap yang dijadikan sebagai alas serta payung untuk berlindung dari terkena hujan.
Memang menggamit kenangan dengan lagu Kabut Serangkai Mawar yang digunakan sebagai sound effect. Fuh lagu lama ni beb! Kini perkongsian video TikTok ini telah mendapat lebih dari 1 juta views dan juga lebih dari 100 ribu likes.
Mesti Kak Eton rindu nak perform lagi kan? Bestnya kalau dapat dengar live lagu ni! Apa-apa pun, kita doakan semoga semua urusan dimudahkan untuk Kak Eton! Korang yang lain, stay safe okay?
Baca: Risau Mesin Basuh & Peti Sejuk Rosak Bila Banjir Berlaku? Ikuti Tips Ini…