Baru-baru ini, pelawak dan pengacara, Danial Zaini yang juga pemilik kepada restoran Paku & Pontianak 2 telah menerima teguran seorang pelanggan yang katanya tak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya semasa mengunjungi restoran tersebut.
Menerusi perkongsian yang tular di Twitter, individu berkenaan mendedahkan bahawa mereka telah menerima makanan lambat, di samping kualiti makanan yang tidak memuaskan.
“Birthday boy punya makanan, sampai paling last sekali sampai”
Menurut tweet itu lagi, mereka telah booking sebuah bilik VIP berharga RM300 untuk meraikan hari lahir sahabat mereka.
Namun agak menyedihkan apabila mereka tidak menerima layanan yang diharapkan serta makanan yang tiba selewat jam 10.30 malam.
Tambah individu itu, insiden kelewatan ini juga dikaitkan dengan satu lagi majlis hari lahir melibatkan seorang artis terkenal yang diadakan di tingkat bawah restoran berkenaan.
Pelanggan itu juga mendakwa pihak restoran melebihkan layanan kepada artis berkenaan daripada mereka yang telah booking bilik VIP.
Danial Zaini mohon maaf kepada pelanggan, tapi…
Susulan aduan dan teguran yang terima, Danial Zaini, 30, telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan serta kualiti makanan di restorannya.
Malah kata Danial lagi, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan juga terjadi disebabkan restoran tersebut menerima dua tempahan majlis tertutup pada hari yang sama.
Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Dan saya tak mahu bersikap defensive. Saya bertanggungjawab atas segala kekurangan dalam layanan kami kepada pelanggan di restoran paku dan pontianak.
— Danial Zaini (@DanialZaini1) February 15, 2023
Walau bagaimanapun, Danial meminta pihak pelanggan tersebut untuk berhenti mengeluarkan kenyataan palsu dan berbaur fitnah berkenaan restoran Paku & Pontianak.
Malah katanya lagi, pelanggan tersebut didakwa telah memaki staf restoran dengan perkataan lucah di hadapan orang ramai.
https://twitter.com/danialzaini1/status/1625720818599600128?s=46&t=gc1bhuC5y_4KKUZmoKhsoA
Tambahnya lagi, teguran boleh dilakukan dengan cara yang betul dan pihak pengadu boleh bersemuka dengannya untuk memberi teguran.
Tetapi teguran itu boleh dilakukan dengan cara yang betul. Saya berada pada malam kejadian dan pihak pengadu boleh bersemuka dgn saya untuk memberi teguran. Tetapi pihak pengadu memilih untuk tidak berjunpa dgn saya dan meviralkan di socmed serta mengeluarkan kenyataan menghasut.
— Danial Zaini (@DanialZaini1) February 15, 2023
Sebelum ini juga, demi menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya, lapor mStar.
Secara peribadi, dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan,” jelasnya.
Apa-apapun diharapkan kedua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan sebaiknya.
Baca: “Dia caj RM98 padahal RM29 je” – Restoran Arab Terkenal Didakwa Caj Harga Lebih Dari Sepatutnya?