Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia. Jika penduduk Amerika Syarikat menjadikan Superman sebagai simbol adiwira mereka, di Malaysia kita ada Ustaz Ebit Lew yang sering membantu rakyat Malaysia apabila ditimpa kesusahan.
Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew ada membantu sebuah keluarga yang ditimpa kesusahan akibat motosikal mereka yang terbakar. Lebih memilukan, mangsa ialah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai dua orang anak. Motosikal yang terbakar pula merupakan salah satu sumber untuk mencari rezeki.
Simpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu, beserta barangan dapur untuk 84 buah keluarga yang menetap di kawasan itu.
Rata-rata netizen memberi pujian dan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana sudi membantu keluarga ini. Bagaimanapun, ada satu komen kurang enak yang mendakwa Ustaz Ebit Lew memilih bulu dalam menghulurkan bantuan.
Dalam huraian komen tersebut, lelaki ini mendakwa dirinya telah ditimpa kesusahan dan telah beberapa kali cuba menghubungi Ustaz Ebit Lew untuk meminta bantuan. Terangnya lagi, dia sudah 4 tahun menganggur dan sedang menghadapi krisis hidup.
Namun, dia kecewa kerana permohonannya tidak mendapat perhatian pihak Ustaz Ebit Lew. Malah, lelaki ini juga mendakwa akaun Facebook miliknya telah dihalang oleh Facebook Page pemilik Elews Mart itu.
Kecewa dengan sikap Ustaz Ebit Lew yang memilih bulu dalam menghulurkan bantuan, lelaki ini berkata dia akan menuntut haknya di akhirat kelak.
Bagaimanapun, lelaki ini meluahkan rasa syukur kerana kini dia tidak lagi menganggur dan mempunyai kedai jeruk yang mampu untuk menanggung perbelanjaan hariannya.
Luahan lelaki ini mendapat kecaman netizen yang beranggapan itu bukanlah tugas Ustaz Ebit Lew, namun tanggungjawab wakil politik yang berkhidmat di kawasan tinggalnya.
“Kau ingat UEL tu politician ke”
“Kau tukar bin lah”
“4 tahun menganggur?”
Apa komen anda tentang isu ini?
Sumber: Ebit Lew, Trending Network
BACA: 12 Tahun Tinggal Di Pondok Kecil Tanpa Tandas, Ebit Lew Bina Rumah Untuk Nek Rabiah