Semalam, Indonesia umumkan kes harian tertinggi mereka dan persatuan perubatan di sana mengatakan, seramai 24 doktor telah meninggal dunia akibat virus Covid-19.
Menurut Straits Times, peningkatan angka kematian dikalangan doktor yang meningkat dua kali ganda sejak minggu lepas ini dikatakan berpunca dari kekurangan peralatan perlindungan di Indonesia.
Semalam, Indonesia mencatatkan sebanyak 218 kes baru menjadikan kes keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 2,492 kes. Bukan tu je, dorang juga catatkan kematian seramai 209 orang dan ia merupakan kematian tertinggi di Asia selepas China tau!
Jurucakap bagi Persatuan Perubatan Indonesia, Halik Malik mengesahkan yang kematian doktor ini adalah disebabkan oleh kegagalan bernafas berpunca dari virus yang sedang melanda dunia ini.
Beberapa kumpulan kanan di Indonesia pula menyatakan rasa bimbang dengan peningkatan kematian dikalangan pekerja perubatan di sana. Ia membuktikan yang Indonesia perlu memperbaiki sistem kesihatan di sana semasa menghadapi situasi kecemasan seperti ini.
Walaupun benda ni berlaku dekat sana, ia tetap membimbangkan kita yang duduk dekat dengan dorang ni.