Salah satu tarikan bila berkunjung ke Pulau Pinang dah tentulah Bukit Bendera kan? Dari puncak dia je boleh tengok satu pulau.
Tapi, untuk yang dah pernah pergi, kalau nak naik ke puncak Bukit Bendera ni, korang kena naik kereta kabel yang dibuat dalam bentuk kereta api kecil ni dulu.
Tapi Sabtu lepas, niat pengunjung di sana nak bersiar-siar dan berseronok bertukar menjadi mimpi ngeri bila kereta kabel yang dinaiki oleh 150 penumpang tersebut telah tersangkut di tengah jalan sampaikan semua kena keluar dan jalan dekat landasan yang sempit dan tinggi untuk turun.
Menurut perkongsian di Facebook, kereta kabel ini telah mengalami kerosakan pada jam 2.33 petang semalam hinggakan salah seorang penumpang terpaksa menghubungi Pihak Bomba dan Penyelamat untuk keluarkan kesemua 150 penumpang ni dengan selamat.
Pun begitu, di media sosial, netizen telah mengecam perkhidmatan kereta kabel di Bukit Bendera ini kerana kerosakan seperti ini dikatakan sering berlaku dan meminta agar ia diselenggara untuk keselamatan pengunjung.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang terkejut dengan jumlah penumpang yang terlalu ramai di dalam kereta kebal tersebut lebih-lebih lagi bila pihak pengurusan sepatutnya mengikut SOP penjarakan sosial.