in

“Dah menang satu pingat!” – Kenali Atlet Para Yang Mewakili Malaysia Dalam Paralimpik Paris 2024

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontinjen Malaysia berjaya mendapatkan pingat pertama dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas Eddy Bernard telah menamatkan larian 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal) di tempat ketiga (gangsa).

Lebih menarik lagi, ini merupakan kejayaan pertama atlet berusia 23 tahun dari Sabah ini pada penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik dan turut memecahkan rekod Asia yang sebelum ini dipegang oleh atlet Sri Lanka, Indika Gamage.


457657027 930661049087955 1530150636829605835 N 681X482 1

Berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk atlet para Malaysia kerana sejak 2016, mereka telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi sebanyak enam pingat emas di Paralimpik.

Jadi pada artikel kali ini, jom kita kenali kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung sekarang ini.

Artikel berkaitan: Latif Romly Kongsi Kit Atlet Paralimpik Ke Paris 2024

Artikel berkaitan: Zero™ Healthcare Tandatangani MOU Sebagai Rakan Rasmi Majlis Paralimpik Malaysia

1. Badminton

Malaysia telah menghantar seramai lima wakil bagi acara badminton. Cheah Liek Hou yang merupakan juara perseorangan lelaki SU5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan cuba mempertahankan gelaran tersebut di perlawanan merebut emas pada jam 11.20 malam ini.

Selain Cheah Liek Hou, Muhammad Fareez Anuar juga akan turut membuat perlawanan di waktu yang sama bagi merebut pingat gangsa bagi kategori perseorangan lelaki manakala Mohd Amin Burhanuddin dalam kategori yang sama telah berjaya memenangi kemenangan pertamanya di Paris namun gagal menempatkan diri ke acara suku akhir.

Selain itu, Pemain badminton para negara Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan mewakili Malaysia dalam acara beregu berkerusi roda.

Badminton1 Side

Collage 4

2. Powerlifting

Bagi suka powerlifting pula, tiga atlet telah dihantar iaitu Bonnie Bunyau Gustin yang merupakan juara kategori 72kg di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan akan cuba mempertahankan gelaran tersebut dengan mengangkat berat 228kg.

Nicodemus Manggoi Moses pula akan bertanding untuk kategori 97kg dan Jong Yee Khie untuk kategori 107kg. Jong telah meraih pingat perak di Tokyo 2020 dan berazam untuk mendapatkan pingat emas.

Lifting1 Side

3. Tenis

Dua atlet para Abu Samah Borhan dan Yusshazwan Yusoff telah berganding bahu di dalam acara beregu lelaki dan Yusshazwan turut bertanding dalam acara perseorangan. Mereka bagaimanapun gagal meneruskan perlawanan selepas kalah dalam Pusingan Kedua dengan Sepanyol.

Tenis1 Side

4. Boccia

Tiga atlet para akan mewakili Malaysia dalam sukan boccia acara individu iaitu Chew Wei Lun yang pernah memenangi pingat perak dalam acara individu di Tokyo 2020, Lee Chee Hong dan Abdul Razzaq Abdul Rahman.

Selain itu, Abdul Razzaq dan Noor Askuzaimey Mat Salim juga akan turut bersaing dalam acara campuran berpasangan.

Boccia1 Side

5. Olahraga

Bagi sukan olahraga, kita dapat lihat nama besar seperti Datuk Abdul Latif Romly yang merupakan juara dua kali lompat jauh Paralimpik beraksi dalam acara lompat jauh kategori T20 (ketidakupayaan intelektual). Latif juga turut disertai oleh Muhammad Nazmi Nasri dan Jonathan Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh lelaki.

Dalam acara lontar peluru F20, Muhammad Ziyad Zolkefli akan mencuba untuk menebus kekecewaannya apabila kemenangan emasnya telah terbatal atas alasan teknikal pada Tokyo 2020.

Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi akan bertanding dalam acara 400m dan Eddy Bernard telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 100m T44.

Athletics1 Side

Eddy 768X960 Side

6. Renang

Bagi acara renang pula, dua atlet akan mewakili Malaysia iaitu Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dan Imaan Aiman Redzuan yang akan bersaing dalam pelbagai acara termasuk gaya bebas, dada dan kuak lentang.

Paralimpik

7. Berbasikal

Enam atlet para Malaysia akan bersaing dalam sukan berbasikal iaitu Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam acara lebuh raya dan trek.

Manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nur Suraiya Muhamad Zamri pula akan bersaing dalam kategori wanita. Bagi kategori jurumudi, Nurul Suhada Zainal dan Farina Shawati Mohd Adnan akan membawa cabaran negara.

Cycling1 Side Cycling4 Side

8. Memanah

Bagi acara memanah tiga atlet telah bertanding dalam sukan ini iaitu Suresh Selvathamby akan bersaing untuk acara recurve individu, Daneshen Govinda Rajan dan Nur Jannaton Abdul Jalil dalam acara compound individu lelaki dan wanita.

Archery1 Side

Jom sokong macam kita sokong Olimpik haritu!

Sumber: Waktu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.