in

“Dah macam Transformers pulak”- 3 Kenderaan Berat Jengkaut ‘Bergaduh’ Di Ladang Kelapa Sawit

f3 jengkaut bergaduh macam transformers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini merupakan peminat filem Transformers? Baru-baru ini, tiga buah jengkaut atau excavator telah menarik perhatian ramai apabila ketiga-tiga kenderaan tersebut telah bergaduh sehingga ada warganet yang menyamakan kejadian itu seperti dalam babak filem Transformers.

Video kejadian ‘pergaduhan’ itu telah terjadi di sebuah ladang kelapa sawit di Siak, Riau, Indonesia dan telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di media sosial.


Menurut Instagram fakta.indo yang berkongsikan video tersebut, jengkaut-jengkaut itu berkelahi kerana berlakunya pertelingkahan antara pemandu-pemandu jengkaut tersebut yang terdiri daripada dua syarikat di ladang kelapa sawit itu.

Artikel Berkaitan: “Biadap!” – [VIDEO] Bengang Kena Saman, Lelaki Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Pertama ‘Hantar’ Jengkaut Robohkan Rumah Baru Dibeli Oleh Suami Untuk Isteri Kedua

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa ketiga-tiga jengkaut itu ‘menyerang’ antara satu sama lain sehingga ada salah satu dari mereka hampir terbalik.

Namun, tak dapat dipastikan siapa yang menang di akhirnya kerana tidak didedahkan di dalam video tersebut.

Rare ni dapat tengok scene dalam Transformers dalam dunia nyata. 

Sumber: Instagram fakta.indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.