Menjadi kebiasaan kalau kita jalan di mana-mana kaki lima, kita akan lihat beberapa anjing liar berada dalam keadaan tidak sihat. Satu sebabnya, mungkin mereka ni pernah didera dan ada juga yang dibaling batu oleh orang ramai yang tak suka keberadaan haiwan tu di situ.
Tapi yang paling admin tak puas hati ialah apabila viral di Facebook, seekor anjing liar ini ditemui dalam keadaan berwarna hijau dekat Subang Bestari dan dipercayai diwarnakan oleh manusia tak bertanggungjawab.
https://www.facebook.com/shazreen.othuman/posts/10157435937237110?__xts__[0]=68.ARDXCd4w6GkHnY-T7mB_lp4CpzBAacWeJBWJrNVd77DbPXENfNyulZlJY3_07UQXHZW_N6QBXVWDX3ShgQHmF5qiQ4Nt2HakkQQMMTBSzZbZ47tzqYwNmLCsWc8bX4-cTU7on1tmhZr3vyoEImwjPO152PPriHntwZnMqbvrSyh_rBXlB1HrD5aVWTrvoIoATmHczFk063ttD9dBIDV76_Pl-7VXIBd7rLu0Fu5G2_HBozu_JZXMk-NUYelGbZWpswgo0Hs3xiElZQ2MGA1GzBZspWuaVSHxaN5LPJJ7lEX4GPUZx3-1SK46yP3NdiUcSgLqX11GrEelW0q_IMMIYUDvVA&__tn__=K-R
Posting yang telah mendapat hampir 200 komen dengan 1k shares ini, mendapat perhatian rakyat Malaysia yang geram dengan kejadian tersebut.
Nampak tak sihat, berkeliaran menyelongkar makanan di tepi jalan
Menerusi posting tersebut, anjing berwarna ‘hijau’ ni dilihat sedang menyelongkar bekas plastik dekat tepi jalan di Subang Bestari. Min syak kemungkinan anjing ni tengah lapar dan nampak tak berapa sihat.
Malah individu yang menjumpainya juga berkata, haiwan tersebut seperti tidak bertuan dan nampak lost.