in

“Dah Macam Final Bola Sepak Dia Punya Vibe”- Pelajar UITM Rai Kemenangan HomeBois Juara MPLMYS12

Project 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gamat! Itulah gambaran mengenai apa yang berlaku di hostel lelaki pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam apabila melihat perlawanan akhir Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim Ke-12 baru-baru ini.


Disebabkan sorakan yang begitu meriah, video tersebut menjadi tular di akaun TikTok @saniboy_ dengan lebih 450,000 ribu tontonan.

Untitled Project 10

Artikel berkaitan: “Jgn buat gini bos, tak berkat gaji” – Viral Video Lelaki Main Game Waktu Mengajar Kelas PdPR?

Artikel berkaitan: “RM1.6K setiap setengah bulan kerja” – Permainan Video Lubuk Kartel Dadah Rekrut Budak Untuk Jadi ‘Mata-Mata’

Pasukan HomeBois bertemu dengan pasukan SMG dalam perlawanan akhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Homebois 4-3 dan layak ke Kejohanan Dunia (M5) dI Filipina pada Disember ini.

Dalam video berkenaan, dilihat pelajar bersorak kegembiran selepas pasukan HomeBois berjaya melakar sejarah baru apabila menjuarai kali pertama dalam liga MPLMY.

Dikatakan, siaran langsung perlawanan di TikTok juga memecah rekod lebih 150,000 tontonan dalam satu masa.

Di ruangan komen, ramai yang terharu melihat reaksi pelajar ketika pasukan itu berjaya menang pada perlawanan akhir dan ada juga yang memberikan kata tahniah buat pasukan Homebois.

Untitled Project 9

Untitled Project 8

Untitled Project 7

Dalam ruangan komen itu juga, salah seorang dari pemain HomeBois turut mengucapkan terima kasih dan video itu juga turut dikongsi pemilik Homebois @daddyhood.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.