in

“Dah lah kerja delivery je” – Nak Tunjuk Penghantar Kurier Kurang Ajar, Sekali Diri Sendiri Yang Kena Kecam

Collage 5

Tak tahulah siapa yang cipta perkataan “customer is always right” sebab dalam satu-satu situasi kita kenalah periksa siapa yang betul dan siapa yang salah. Bukan terus hukum tanpa usul periksa je.

Macam screenshots yang dikongsikan oleh Pedoq di Twitter ni. Seorang lelaki memuatnaik beberapa mesej antara kakaknya dan seorang penghantar delivery untuk membuat aduan kepada Twitter syarikat penghantaran tersebut kerana dia mengatakan delivery guy ni bertindak kurang ajar.

D Y2Jzzvaaai Qh 1

Bila baca mukadimah lelaki ini, memang kita pun turut sakit hatilah kalau barang yang kita tunggu-tunggu untuk sampai tu kena koyak dengan orang yang hantar kan? Tapi…

“Wtf are you”

D Y2Kg9Ueaao7Gc 1

Pada awalnya, lelaki ini memberi mesej kepada wanita tersebut untuk suruh wanita ni angkat telefon. Tapi, tiba-tiba wanita ini balas dengan “wtf are you”Disebabkan bahasa wanita ini yang agak kasar, lelaki ini telah naik angin dan dari situlah tercetus perbalahan mereka.

D Y2K68Ueaanfad 1D Y2Lf6Ucaeuzll 1

Tweet dari lelaki ini telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan kakaknya yang bercakap kasar.

“Padan muka kena maki balik”

Screenshot 2019 07 02 At 11.52.20 Am Screenshot 2019 07 02 At 11.52.37 Am Screenshot 2019 07 02 At 11.52.55 Am Screenshot 2019 07 02 At 11.53.09 Am Screenshot 2019 07 02 At 11.53.49 Am Screenshot 2019 07 02 At 11.54.33 Am

Menurut lelaki tersebut, kakaknya reply kasar macamtu sebab dia sering diganggu lelaki-lelaki gatal. Namun penjelasannya ini tetap tak boleh nak diterima oleh netizen. Lagi-lagi dia dah hina pekerjaan orang kan…

Hakikatnya dua-dua pun salah. Kalau lelaki tu terus kenalkan diri perkara ni takkan jadi macam ni, dan kalau wanita tu reply tanpa carutan macam tu pun perbalahan ni takkan berlaku. Sebab tu, bila cakap dengan orang kenalah cakap baik-baik. Layan orang macam mana kita nak diri kita dilayan. Ok? 🙂

 

Baca: “Lain kali selidik dulu” – Niat Baik Adik Ni Pimpin Ibunya Yang Buta, Tapi Kena Marah Sebab…”

Screenshot 2019 07 02 At 12.06.17 Pm