in

“Dah, jangan samakan lagi” – Adam Lee Sanggup Cukur Jambang Lepas Netizen Samakan Muka Macam Alif Teega

Adam Lee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu rumah tangga influencer terkenal Aisyah Hijannah dan Alif Teega nampaknya masih menjadi bualan ramai.

Perkara ini begitu menggemparkan sehingga orang yang tidak ada kena-mengena juga terkena tempiasnya.


Artikel berkaitan: Alert Dengan Troll Netizen, Alif Teega Tukar Gambar Larva Kuning Dekat DP TikTok

Artikel berkaitan: Bintang Kecil 2023 Teruk Dikecam Sebab Salah Umum Juara, RTM Tampil Beri Penjelasan

Dalam kes ini, pelakon yang baru meningkat naik iaitu Adam Lee yang juga suami kepada Sweet Qismina terpaksa membuang jambang di mukanya kerana sering disamakan dengan influencer, Aliff Teega.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

“Jambang sudah buang. Dah, jangan samakan saya dengan dia (Alif) lagi,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Menerusi hantaran itu, pelakon drama Pemburu Rahsia itu turut menggunakan tanda pagar yang bertulis  ‘IniALBukanAT’.

“Suami I no jambang-jambang lepas ni!” 

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon muda itu, Sweet Qismina turut memuat naik satu IG Story yang meminta agar jangan ada yang menghantar mesej (DM) kepadanya yang berkata suaminya itu persis influencer penuh kontroversi itu.

Cats 24

Sebagai info, Adam Lee merupakan sepupu kepada pelakon Janna Nick dan pada 24 Oktober 2022, beliau selamat bernikah dengan pelakon, Sweet Qismina.

Aduh, power betul kuasa netizen!

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.