in

“Dah jadi barang panas ke?” -Ramai ‘Complaint’ Panadol Asyik ‘Sold Out’, Apa Puncanya?

Collage 31 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara benda wajib yang perlu ada dekat rumah atau beg adalah Panadol. Yelah, senangkan kalau sakit kepala ke apa makan Panadol dulu. Kalau tak okey jugak baru jumpa doktor. Awak ingat saya ada masa untuk sakit kepala?


Bagaimanapun, baru-baru ini agak kecoh di media sosial bila rata-rata netizen mengatakan yang dorang susah betul nak cari stock Panadol sekarang. Asyik sold out je!

Screenshot 2022 02 23 131216 Down

Menurut BERNAMA, tinjauan mendapati Panadol sukar didapatkan sekarang adalah kerana peningkatan kes Covid-19 yang semakin tinggi.

Bukan itu sahaja, kekurangan stok ini juga dipercayai berpunca dari pembelian yang banyak bagi mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit otot dan sakit kepala selepas menerima dos penggalak menurut beberapa farmasi yang dihubungi.

94128069 2907095292708484 5073663094606004224 N

Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) Amrahi Buang mengesahkan, melalui maklumat yang diterimanya, kekurangan Paracetamol terutamanya jenama yang terkenal bukan hanya berlaku di Lembah Klang malah di negeri-negeri lain.

Saya dapat maklumat dari rakan-rakan seluruh negara yang kekurangan ini telah berlaku sejak beberapa bulan, dan mungkin ini berlaku di peringkat pengeluaran atau pengagihan.”

Disebabkan Panadol dah menjadi seperti ubat yang sukar dicari, orang ramai kini mula membeli stok di platform online.

Korang ada masalah ke nak cari Panadol sekarang? Min asyik jumpa Panadol biasa je, Actifast dah lama tak nampak batang hidung. Tapi kalau korang nak tahu pilihan Paracetamol selain Panadol, korang boleh klik link dekat bawah ni.

 

Baca: Panadol Tiada Stok? Ahli Farmasi Ini Kongsi 4 ‘Opsyen’ Lain Yang Korang Boleh Cuba

Untitled Design 68 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.