in

“Dah getback?” – Mimi Lana & Syafiq Kyle Makan Bersama Buat Netizen Berspekulasi

Mimi Lana Syafiq Kyle Dinner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi selebriti bermaksud semua perihal peribadi secara tidak langsung akan ‘terbuka’ kepada penonton serta peminat.


Jika seseorang selebriti itu bijak menjaga perihal privasinya maka ianya agak susah untuk diketahui, tidak dapat dinafikan, ada sesetengah selebriti yang kita sebagai penonton ingin melihat mereka bersama atau seperti slang masa kini, kita ship perhubungan mereka.

Artikel berkaitan: “Jangan pandang rendah kalau aku tengah diam” –  Mimi Lana Dakwa Ada Pihak Nak Tambah Beban Ujian

Artikel berkaitan: Tinggal Seminggu Lagi Tarikh Majlis, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Batal Nikah?

Itulah yang sangat sesuai digambarkan kepada pasangan selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle, meskipun baru-baru ini kedua-dua mereka difahamkan telah menangguh pernikahan mereka namun masih ada peminat yang ingin melihat mereka bersama ke jinjang pelamin.

Terbaru, pelakon filem Pusaka itu dilihat makan malam bersama di sebuah kedai ala Thai, video tersebut dimuat naik oleh @aroimakmak_ahanthai itu menimbulkan pelbagai spekulasi oleh netizen.

@aroimakmak_ahanthai

Artis yg paling humble dan sporting makan kat gerai. Favs both of them miang pla. #mimilana #syafiqkyle #aroimakmak #thailand #setapak #meecelup

♬ original sound – umai – umai

“Dah getback ke?” 

Disebabkan kedua-dua mereka itu dilihat sangat secocok bersama, ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang bersepkulasi mengenai hubungan mereka.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pasangan selebriti itu dipanjangkan jodoh, malah ada juga netizen yang ‘menyiasat’ video tersebut dan memberitahu perkara itu baru sahaja berlaku berdasarkan baju yang dipakai oleh Mimi Lana.

Cats 40

Kalau dah jodoh, apa salahnya kan? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.