Semalam berlangsungnya konsert artis antarabangsa Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan hampir 30,000 telah membanjiri stadium tersebut.
Malaysia menjadi salah satu lokasi untuk konsert jelajah Happier Than Ever yang telah pun bermula dari bulan Mac tahun ini, pemenang anugerah Grammy itu setakat ini telah menjelajah ke Amerika, Eropah dan Asia.
Terbaru, penyampai radio dan hos terkenal Nabil Ahmad terduduk selepas baru menyedari yang dia sepatutnya berada di konsert tersebut tetapi dia telah tersilap tarikh.
@era.je Hahaha, buat hal lah @nabilzira . Dia boleh pulak terlupa tarikh konsert @billieeilish . Dia ingat konsert tu ada 2 hari. ? #sharERA #3PagiERA #fyp
Video berdurasi seminit lebih itu menunjukkan Nabil Ahmad terduduk selepas menyedari dia dan keluarganya terlepas konsert Billie Eilish kerana menyangkakan konsert itu akan diadakan hari ini (19 Ogos).
“Hahaha, buat hal lah @nabilzira . Dia boleh pulak terlupa tarikh konsert @billieeilish . Dia ingat konsert tu ada 2 hari.” tulis kapsyen.
Kemudian, pengacara terkenal itu terus menelefon isterinya untuk memberitahu yang mereka telah terlepas konsert tersebut, lebih menyedihkan lagi tiket itu berharga RM508 dan Nabil telah membeli sebanyak lima keping tiket. Hampir RM 3K jugaklah yang melayang!
“Nasib baik dia tak pergi”
Walaupun ramai netizen yang kasihan dengan nasib penyampai radio itu, namun ada juga beberapa yang mengatakan nasib baik kerana banyak komen yang negatif berkenaan kedudukan di konsert itu.
Next time ada lagi kot… Sabar ye…
Baca: Ramai Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Tengok Konsert Billie Eilish Sebab…