in

“Cute cinonet saiznya” – Wanita Beli Bekas Span Pinggan Bentuk Katil, Suami Hanya Mampu Geleng Kepala

Feature 1.1 E1624075405268

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang terutamanya wanita mudah tertarik dengan benda-benda cute macam botol air atau stapler lebih-lebih lagi kalau objek tu ada corak yang menarik. Kadang-kadang tu tak ada keperluan pun untuk kita beli objek tersebut, tapi sebab comel jadi kena lah beli jugak untuk buat koleksi.


Min ada satu soalan untuk korang. Apa benda paling pelik yang pernah korang beli sepanjang hidup? Bagi lelaki ini, bekas span basuh pinggan berbentuk katil merupakan benda yang paling pointless yang pernah isteri dia beli.

Perkara itu telah dikongsikan oleh si suami iaitu @southard01 menerusi Twitter beberapa hari lalu.

Tweet tersebut telah menjadi tular dan sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), ia telah mendapat 29.7k Retweets daripada netizen. Menurutnya, isterinya memang suka beli benda yang kadang-kadang tak ada function tapi bekas span ini merupakan yang paling pelik. Ia dipanggil sebagai kitchen sponge bed design.

Namun, tak dinafikan yang bekas span bentuk katil tu memang cute. Barulah kawasan sinki dapur nampak teratur kan. 

Sabun 1

Rata-rata netizen juga berminat untuk membeli barang yang sama sebab ramai yang tanya kat mana dia beli objek tersebut. Siap ada bantal pulak tu!

Sabun 2

Sabun 3

Sabun 4

Ada juga netizen lain yang berkongsikan pembelian pelik mereka. Banyak jugak barang-barang cute lain yang dikongsikan netizen.

Tempat letak tisu tandas berbentuk biri-biri ni pun cantik jugak. Tersusun lah sikit barang-barang dalam toilet kalau guna ni kan. 

Difahamkan, bekas span unik ni dijual di platform Amazon dan Rushkartt. Mungkin korang boleh try cari di Shopee kalau berminat jugak nak beli. 

Baca: “Wow magic! ” – Netizen ‘Mindblown’ Tengok Lelaki Tunjuk 5 ‘Steps’ Basuh Bekas Berminyak, Tak Sampai Seminit!

Sabun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.