in

“Cuba koyakkan lidah guna playar” – Ibu Dera Tiga Anak Tiri Kerana Jealous Suami Lebih Sayangkan Mereka

collage 31

Dari kecil lagi kita selalu dimomokkan yang ibu tiri ni jahat. Sama ada cerita dongeng dalam atau luar negara, mesti ada karakter ibu tiri jahat. Jadi, bila cerita ibu dera anak tiri macam ni, ia sangat tak membantu untuk hapuskan stigma masyarakat tentang perkara ini.

Menurut Mirror, seorang wanita telah ditahan kerana dituduh menyeksa tiga anak tiri perempuannya kerana menyangka suami lebih sayangkan mereka.

Kalau korang nak tahu, antara penderaan yang dilakukan oleh wanita ini kepada anak-anak tirinya termasuk, menyucuk jarum ke dalam kuku mereka, cuba koyakkan lidah guna playar dan cucuk badan mereka menggunakan screwdriver.

Kemudian, wanita ini akan tuliskan semua penderaan yang dia buat dekat budak-budak ni dalam buku. Siap letak tulisan warna-warni lagi. Psiko betul minah ni.

Anak tiri sulung wanita ini menceritakan kepada media tempatan tentang penderaan yang dia dan adik-adiknya lalui.

Dia toreh belakang adik-adik saya dengan pisau dan paksa kami berendam dalam air sejuk.”

Nenek kanak-kanak ini pula memberitahu, wanita ini mendera cucu-cucunya hingga kencing mereka berdarah.

“Mereka beritahu saya yang ibu tiri mereka cucuk mereka dengan screwdriver. Kemudian, mereka dipukul hingga mereka kencing berdarah.

“Macam mana seorang wanita boleh jadi sekejam ni pada kanak-kanak?”

Kanak-kanak ini tak berani untuk mengadu kepada bapa mereka atau saudara-mara kerana ibu tiri mereka akan takutkan mereka dengan penderaan yang lebih dahsyat jika mereka berani buka mulut.

Laporan media tempatan mengatakan, bapa kanak-kanak ini berkahwin dengan isteri barunya ini tiga tahun lepas.

Pada awalnya, wanita ini melayan anak-anak tirinya dengan baik. Namun, segalanya berubah sejurus selepas dia melahirkan anak lelakinya.

Ibu ini dikatakan cemburu kerana dia percaya suaminya sayangkan anak-anak tiri lebih dari bayinya yang baru lahir sebab tu dia mula mendera mereka.

Ketika ditemuramah, bapa kanak-kanak ini tak dapat menahan air matanya selepas mengetahui penyeksaan yang dilalui anak-anaknya.

“Anak saya tak pernah beritahu saya apa-apa. Akhir-akhir ni saya perasan yang mereka banyak duduk dalam bilik.

“Bila saya tanya isteri saya kenapa dia lakukan semua ni, isteri saya cakap dia cemburu kerana menyangka saya sayangkan anak-anak perempuan saya lebih dari anak lelaki kami.”

Penderitaan tiga kanak-kanak ini berakhir bila mereka memberanikan diri untuk memberitahu guru mereka di sekolah minggu lepas.

Terkejut dengan kisah budak-budak ini, guru tersebut telah memberitahu bapa kanak-kanak itu dan menelefon pihak berkuasa.

Tiga kanak-kanak ini telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan tubuh badan mereka penuh dengan luka, lebam dan parut.

Jurucakap pihak polis tempatan, Nurdilda Oraz berkata tertuduh telah ditahan dan kini sedang disoal siasat. Jika sabit kesalahan, wanita yang sedang mengandung anak kedua ini boleh dipenjarakan maksimum 8 tahun.

Cemburu ni memang bahaya, dia buat kita tak boleh nak berfikir dengan jelas. Tak pasal-pasal tiga anak tiri dia yang jadi mangsa.

 

Baca: Sampai Hati Dera Anak Hingga Mati…

Screenshot 2019 04 19 at 11.47.00 AM