in

Cuba Beri Teguran, ‘Rider’ Terkejut Pelanggan Dah Biasa Pesan Makanan Di Kedai Non-Halal

Rider Tegur Pelanggan Pesan Makanan Kedai Non Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghantar makanan atau lebih dikenali dengan panggilan rider seringkali berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan terkejut apabila pelanggannya dengan selamba memberitahu sudah biasa memesan makanan dari sebuah restoran yang diketahui berstatus tidak halal.


Menerusi video yang dikongsikan itu, pada awalnya penghantar makanan tersebut menelefon untuk memaklumkan kepada pelanggannya bahawa kedai makanan berkenaan adalah tidak halal.

Artikel berkaitan: “Customer paling degil” – Lelaki Puji Sikap Pekerja Stesen Minyak ‘Order’ Makanan Lebih Buat Rider

Artikel berkaitan: “Satu dalam sejuta” – Abang Grab Terima Pujian Netizen, Tidak Goyah Walau Terima Order ‘Bukan-bukan’

Bagaimanapun, pelanggan terbabit membalas dengan mengatakan bahawa dia sememangnya mengetahui status kedai tersebut kerana kerap membeli di kedai yang dipercayai milik peniaga Cina.

“Hah dah biasa makan? Saya bagitahu ni sebab ya lah non-halal kan… Saya tak nak tanggung dosa,” ujar penghantar makanan.

@amir.d.luffy

First Time Aku Dapat Customer Melayu Dah Biasa Makan Kat Kedai Non-Halal. Aku Nak Tegur Sebab Tanggungjawap Sebagai Orang Islam. Kalau Tak Tagur Aku Yang Kena Tanggung Dosa. So Kepada Orang Bukan Agama Islam. Tolong Faham Dgn Ajaran Agama Islam Kami. Kami Sebagai Orang Islam Hanya Tegur Sesama Orang Islam Kami. Harap Orang Bukan Beragama Islam Faham Dan Jangan Pertikaikan Agama Islam Kami lagi. 🤲 Ya Allah Kau Berikanlah Kekuatan Iman Kepada Semua Golongan Umatmu Ini Ya Allah 🤲 Sejahat-Jahat Aku Pon. Aku Tak Penah Terlintas Nak Makan Kedai Non-Halal , #video #viral #amirdluffy #johorbahru #malaysia #fyp #fypシ #fypシ゚viral #trending

♬ original sound – Amir D Luffy – Amir D Luffy

Namun, pelanggan itu hanya meminta penghantar menggantungkan bungkusan makanan pada troli di hadapan rumahnya.

Berkongsi mengenai hal itu, penghantar tersebut turut menitipkan pesanan kepada orang ramai terutama yang beragama Islam untuk pastikan makanan dibeli adalah dari sumber dan kedai halal.

“Kalau tak tegur aku yang kena tanggung dosa. Jadi kepada orang bukan beragama Islam, tolong faham dengan ajaran Islam kami.

“Kami sebagai orang Islam hanya tegur sesama orang Islam kami, harap orang bukan beragama Islam faham dan jangan pertikaikan agama Islam kami lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin penghantar makanan yang berani menasihati pelanggan tersebut.

Netizen juga menyatakan penghantar makanan itu sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.