Berikutan cuaca di beberapa negeri di Malaysia khususnya di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur yang panas, terdapat beberapa buah sekolah di beberapa kawasan yang diarahkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sebanyak 206 buah sekolah di PPD Daerah Kota Setar dan PPD Pendang, Kedah telah diarahkan untuk melaksanakan PdPR selama tiga hari iaitu bermula 29 (hari ini) hingga 31 Mac ini (Selasa).
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menerusi Facebook semalam.
Artikel Berkaitan: Bil Elektrik Naik Mendadak? Ini 5 Cara Untuk Sejukkan Rumah Tanpa Guna Aircond!
Artikel Berkaitan: Punkah: Sejarah Kipas Bangsawan Yang Digerakkan Oleh Hamba Untuk Sejukkan ‘Master’

Langkah itu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan murud, guru serta warga sekolah sentiasa terjaga ketika cuaca panas dan gelombang haba ini.
Walau bagaimanapun, jika cuaca berubah kembali kepada tahap normal, sekolah akan beroperasi semula secara bersemuka pada hari berikutnya.
Sumber: Facebook JPN Kedah
