in

‘Craving’ Tengah Malam Bertukar Tragedi, Anak Terkena Air Panas Sampai Melecur Badan Masa Rendam Ramen

ft anak melecur 1

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok tular selepas meraih sebanyak 1.7 juta jumlah tontonan dalam masa dua hari, video tersebut memaparkan seorang ibu yang berkongsi detik cemas apabila anaknya melecur akibat terkena air panas.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 2 tahun itu telah mengundang rasa sedih netizen yang melihat video tersebut.

Menurut ibu mangsa, Nurulzarina Shafie, 21, dia tidak menyangka tragedi tersebut berlaku kepada anaknya, Rizqi Anaqi Muhammad Reduan.

Pada malam kejadian, Rina telah meletakkan cawan berisi air panas serta ramen di atas meja di dapur rumahnya.

Bagaimanapun, setelah Rina membuang sampah, dia melihat anaknya itu mencapai cawan berkenaan yang menyebabkan air panas di dalamnya tertumpah ke atas badannya.

“Baru lepas buang plastik ramen dalam tong sampah, tak sampai beberapa saat saya pusing je nampak anak capai cawan tu dan air panas tertumpah kena dia,” katanya.

Screenshot 7 1

Sejurus selepas tragedi berkenaan, Rina bergegas membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.

“Doktor kata keadaan melecurnya 70 peratus. Mujur tak kena pada bahagian mata yang boleh menyebabkan keadaan lebih parah, mungkin boleh buta.”

“Esoknya anak saya menjalani pembedahan bagi merawat luka,” jelasnya.

Rina turut memberitahu, anaknya sudah discaj dari hospital berkenaan setelah menerima rawatan selama lima hari dan kini berada dalam fasa pemulihan.

Susulan kejadian itu, Rina meluahkan rasa terkilan kerana dia tidak sempat menyelamatkan anak sulungnya daripada terkena air panas tersebut.

Rina kini turut berasa serik untuk membuat ramen pada waktu malam kerana perkara tersebut yang membuatkan anaknya itu menanggung sakit yang teramat.

Sumber : TikTok, mStar

Baca : Kulit Melecur? Buat 5 Perkara Ini Untuk Elak Parut Kekal!

kulit melecur 1 728x383 1

Sumber: mStar