Untuk pengetahuan korang, semalam bermulanya Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC.
Acara yang berlangsung selama empat hari ini menyajikan pengunjung dengan 54 program menarik antaranya termasuk karnival kerjaya yang menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong, forum dan bual bicara serta persembahan seperti Malam Aspirasi Seni.
Ternyata Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan sehingga semalam banyak gambar yang dimuatnaik di media sosial menunjukkan pengunjung bersesak di KLCC dan dikatakan tiada penjarakan fizikal.
Tambah membuatkan sesak apabila sistem mySIKAP semalam telah mengalami isu apabila orang ramai cuba untuk membuat laman web tersebut bagi membuat pembayaran.
Kerana tiada pilihan, orang ramai telah pergi ke KLCC untuk membayar saman di kaunter polis dan JPJ yang disediakan di sana,
“Malaysia dah bebas covid ke?”
Gambar dan video yang menunjukkan kesesakan di dalam dewan tersebut telah membuatkan ramai netizen bimbang dengan keadaan di sana.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan orang ramai yang kelihatan tak takut untuk bersesak walaupun angka positif harian melebih 5k sehari.
It was like this outside before the event launching ceremony started.
Next tweet will show inside the hall/exhibition area. pic.twitter.com/V1JtmCTnXy
— Hariz Mohd (@HarizMohdWrites) December 9, 2021
Kena daftar dulu
Ekoran kesesakan yang berlaku semasa hari pertama Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia berlangsung, kerajaan telah mengambil inisiatif mengarahkan orang yang berminat menghadiri acara ini untuk membuat pendaftaran awal terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.
Harapnya dengan cara ni, penganjur boleh kawal orang yang datang ke program ni. Faham je, mungkin ramai yang datang ke sana untuk cari kerja…