Sebelum ini ramai yang terkejut dengan keadaan ‘kosong’ di kawasan tawaf atau mataf bagi kerja-kerja pembersihan dan pencegahan Covid-19.
Bagaimanapun mataf di Masjidil Haram telah dibuka semula kepada jemaah bukan umrah pada 7 Mac.
Sheikh Sudais bersama lakukan sanitasi di Mataaf Masjidil Haram
Malam tadi dalam posting di facebook Rosli Abdul Jalil memaparkan Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Abdul Rahman al-Sudais bersama-sama melakukan sanitasi dan kerja-kerja pembersihan Masjidil Haram selepas solat Isyak malam tadi.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1044361349270298&id=543803715992733&__xts__[0]=68.ARDo-oC3SFpw8hjn30Eeo3HAKMZT6l_cwtRYsAJQAS5geZe6t4G-9hnZHPVsN8nWik8e2tiYx5EruUd8nKkD-j5mWDhrjSnv3R4rZNnTjRvz9maBPdi15N5oL4bzd8eFelJPgr1cYRbE6hQ8KzwJlsA5jFuk_jaOgMhE9Mvtfvqiy2XdBfz0rG1kYLBghK7RQ9WRkWvK6lhBMa_gclCiKIFSWTcnRZKIG8fcRX0jd-ZmzynBI8TRW7uzhigtI0qyeo02eAmjYFnqgJEY5WXNmj_eyQe4iY9afTd-qS1v0sU1DWQ7Ts3eqMJIL6xxSqNLa4dHmS-myUdC3dybE7dSLwfvXQ&__tn__=-R
Namun yang mencuri perhatian ialah ucapan Sheikh Sudais selepas solat Isyak malam tadi berkenaan keadaan terkini wabak Covid-19 di tanah suci itu.
Kata beliau…
Kita semua tahu penyakit seperti Covid-19 telah melanda dunia dan tidak ada keraguan lagi yang semua ini datangnya dari Allah. Kesukaran dan ujian ini adalah supaya hamba-hamba kembali kepada-Nya.”
Katanya kerajaan yang dipimpin oleh Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota mengambil tindakan kawalan untuk mencegah wabak Covid-19 daripada terus tersebar.
Ujarnya kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan jadi meminta rakyat supaya tidak panik dan jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin, tuduhan, penipuan dan kenyataan yang melebih-lebih.
Sheikh Sudais juga menekankan pentingnya mengambil langkah berjaga-jaga mengikut prinsip yang telah ditetapkan.
“Dengan kehendak Allah, perkara-perkara akan kembali seperti biasa dalam masa beberapa hari, dan kita mesti mematuhi arahan pihak berkuasa.”
Baca : Sedarlah dengan jentikan dari langit ini- [FOTO] Masjidil Haram Dikosongkan Kerana COVID-19