in

COVID-19: 6,725 Frontliners KKM Telah Dijangkiti, Jururawat Paling Ramai!

Covid 19 6725 Frontliners Kkm Telah Dijangkiti Jururawat Paling Ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih setahun Malaysia berjuang melawan pandemik COVID-19. Pun begitu, masih belum lagi ada tanda-tanda wabak ini akan hilang dalam masa terdekat malah ia dilihat semakin parah dengan kes harian mencecah angka tertinggi pada Khamis lalu, 20 Mei dengan 6,806 jangkitan terbaharu.

Tidak cukup dengan itu, bilangan mereka yang maut juga sudah mencecah dua digit.


784956

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu temu ramah eksklusif telah mendedahkan, setakat 15 Mei lalu, seramai 6,725 barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah dijangkiti virus maut terbabit. Selain itu, lima kematian turut direkodkan.

Jelas beliau, seramai 12 peratus atau 802 orang daripada jumlah keseluruhan dijangiti COVID-19 daripada pesakit ketika sedang menjalankan tugas.

COVID-19 tak kira pakai PPE lengkap atau tak

20200409Hr8 Covid 19 Testing Malaysia E1621654814827

Kata Datuk Seri Dr Adham Baba lagi, meskipun para frontliners ini mengenakan sut perlindungan PPE, ia masih tidak mengurangkan risiko mereka dijangkiti kerana tanggungjawab memerlukan mereka mengendalikan pesakit secara dekat.

“Virus tidak mengenal lengkap atau tidak pakaian PPE. Ia hanya mampu mengurangkan penularan dan langkah sebaiknya adalah menjaga jarak. Namun sebagai petugas kesihatan, agak sukar menjaga jarak fizikal kerana mereka perlu melakukan pelbagai tugas melibatkan sentuhan antaranya mengalihkan pesakit, menyedut kahak, intubasi dan sebagainya,” ujar beliau.

Jururawat paling ramai dijangkiti COVID-19

Covid Screening 110420A E1621655068897

Dalam temu ramah sama, Datuk Seri Dr Adham Baba turut mendedahkan bilangan frontliners KKM yang sudah dijangkiti COVID-19 mengikut bidang masing-masing. Menurut beliau, jururawat adalah yang paling ramai dijangkiti iaitu seramai 2,445 orang.

Angka itu diikuti oleh pegawai perubatan seramai 893 orang, pembantu perawatan kesihatan (584), penolong pegawai perubatan (565), pegawai perubatan siswazah (367), pakar perubatan (141) dan lain-lain seramai 1,729 orang.

1019225 E1621654992890

Tambah Datuk Seri Dr Adham Baba lagi, peningkatan kes harian COVID-19 menyaksikan fronliners semakin kepenatan dan katil-katil di wad ICU dan kapasiti hospital COVID-19 di seluruh negara hampir mencapai tahap maksima.

Jelas beliau, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan masing-masing dalam memutuskan rantaian jangkitan virus ini dan cara yang paling berkesan adalah dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Baca: “Tolonglah lockdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terbaring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak

Ft Frontlinerpenat E1621654541560

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.