Kucing memang sejenis haiwan yang suka explore sana sini. Yang bela kucing mesti sangat faham bila kucing minta buka pintu lepas seharian merayau.
Tapi kalau kucing jiran yang minta korang buka pintu rumah, apa yang korang buat? Tular di media sosial, seorang lelaki yang terpaksa hantar balik kucing salah rumah lepas merayau. Apa yang lelaki ni buat, mesti korang yang tinggal dengan jiran yang ada kucing boleh relate. Korang boleh tengok video @shahrilwokay2 kat bawah ni.
@shahrilwokay2 Dah byk kali dah dia silap rumah. Keluar tak jumpa jalan balik. ? #ikuttekakaku
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Confident suruh buka pintu
Eee geram je tengok kucing tu suruh buka pintu sebab nak masuk rumah. Siap selak langsir rumah orang tu yang tak tahan. Sekali salah rumah. Tak pasal lelaki tu kena hantar dekat atas.
Mungkin juga ni solusi terbaik untuk tak bagi kucing tu datang rumah lagi. Tapi itu lah, takkan sebab kucing salah rumah semata-mata nak kena pindah bagai kan.
Manja je lebih ni. Boleh je sebenarnya kucing tu naik lagi satu tingkat. Ooo merayau seharian boleh pulak, nak balik rumah sendiri tiba-tiba tak larat.
Saja je tu kucing yang jenis manja macam ni buat perangai. Dia sebenarnya suka kena dukung orang hantar sampai rumah betul dia.
Bukan first time jadi rupanya. Memang sah lah kucing ni tak boleh tengok orang senang. Dia nak juga suruh orang hantar ke rumah dia.
Baca: “Trauma dia” – [VIDEO] Kucing Tak Tentu Arah Lepas Tengok Kawan Dibaham Ular Sawa Depan Mata