Kalau pergi ke pusat beli-belah mesti akan ada suatu masa kita boleh lihat beberapa pertunjukan yang diadakan di sana tak kira la apa jenis pun. Misalnya, pertunjukan tarian dan nyanyian yang menjadi lazim dilakukan di pusat beli-belah.
Sudah tentu akan ramai pengunjung yang mengerumuni kawasan tersebut dan mengambil peluang untuk menyaksikan pertunjukan yang dianjurkan oleh pihak pusat beli-belah.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah acara yang telah dilakukan di sebuah pusat beli-belah. Lebih menarik tumpuan, ada ‘sesuatu’ perkara yang berlaku semasa acara itu berlangsung yang mesti buat korang terhibur!
Cik dinosaur buat part time berjoget tepi pentas
Video berdurasi seminit itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan situasi pertunjukan tarian di pusat beli-belah dan dikerumuni ramai orang yang menyaksikan acara tersrbut.
Yang lebih mencuri tumpuan, siap ada sepasang maskot dinosaur yang ikut sekali berjoget tepi pentas. Bukan main lagi!
@xcamin Dino ni okay tak okay? ?
Menerusi video tersebut, kelihatan seperti pertunjukan tarian tradisional telah diadakan dan ramai pengunjung yang tidak kira bangsa telah mengambil peluang untuk menyaksikan sendiri dan tidak tersangka pula ada penari back up yang sertai sekali langkah tarian tersebut. Hahaha comel!
Raih perhatian netizen, ramai terhibur dengan tindakan cik dino tersebut
Video tersebut meraih perhatian ramai netizen di TikTok dengan rata-rata daripada mereka terhibur dengan aksi gelagat comel maskot dinosaur yang telah menceriakan suasana pusat beli-belah tersebut.
Min pun geram je tengok dinosaur tu berjoget, rasa macam nak gigit je!