in

“Comel doh dorang” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pemain MU, ‘Ngulor’ Tengah Malam Nak Main Beam

pemain MU manchester united jumpa main Beam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tonton perlawanan di antara Manchester United dan pasukan ASEAN All-Stars semalam? Penyokong MU ternyata kecewa apabila pasukan mereka kalah 1-0 dengan pasukan yang membariskan pemain skuad kebangsaaan di Asia Tenggara, sekaligus gagal menjulang Piala Cabaran Maybank.

Walau bagaimanapun di sebalik kisah kekecewaan itu, ramai juga yang terhibur melihat gelagat pemain MU yang viral di TikTok baru-baru ini.


Artikel berkaitan: Manchester United ‘Berminat’ Dengan Perodua, Dapat Tawaran Untuk Penajaan

Artikel berkaitan: ”Kami bersama anda” – 2 Pemain Kelab Manchester United Bagi Kata Semangat Istimewa Untuk Faisal Halim

“Belum ngantuk, ngular jom” 

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan @hanznafeez, dipaparkan tiga pemain MU iaitu Alejandro Garnacho, Amad Diallo dan Ayden Heaven dilihat secara random berada di tepi jalan.

@hanznafeez

Random Rempit Garnacho, Amad & Heaven having fly time.. Welcome to Malaysia 😂 #manchesterunited #garnacho #amaddiallo #ngulor #PremierLeague #rempithabis #lethemhavingfun Credit : lqmnrahim, Rahmat_ul_afser Edited : @forezstudiosofficial

♬ original sound – Brohanz™️ – Brohanz™️

Difahamkan ketiga-tiga mereka berminat untuk bermain skuter Beam dan telah dibantu oleh salah seorang peminat yang kemudian membayar skuter Beam tersebut untuk Amad dan pemain lain.

@lqmnrahim

When Amad casually asked my bro to pay Beam for him 😂. Unlucky, the Beam was not functioning hahaha #manchesterunited #MUTOUR25 #aseanallstars #GGMU #ManUtd #malaysia #amaddiallo #garnacho @immerang

♬ Glory Glory ManUnited Anthem – Football Influencer

Bila Amad dengan selambanya meminta abang saya membayar Beam untuk dia. Sama juga buat Garnacho dan Heaven,” katanya.

Walau bagaimanapun, malangnya Beam tersebut tidak berfungsi menyebabkan ketiga-tiga pemain MU tersebut kecewa.

Ketiga-tiga pemain tersebut dilihat berlalu pergi setelah selesai melayan peminat yang berada di sekitar kawasan itu.

“Boleh berlagak dengan orang kampung. Amad Diallo pau aku oi” 

Rata-rata peminat kelab MU terhibur melihat video berkenaan dan ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan mereka apabila melihat ketiga-tiga bintang MU ini keluar tanpa ditemani bodyguard.

mu 1 down

Selamba betul eh dorang mengulor malam-malam, siap nak main Beam lagi. Apa-apapun tahniah team ASEAN All-Stars! 

Sumber: TikTok (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.