Wanita mahupun anak-anak perempuan di luar sana selalu saja diingatkan untuk jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali. Hal ini kerana orang asing ni mungkin berniat jahat, walaupun pada asalnya korang nampak dia macam baik!
Inilah yang menimpa seorang gadis bernama Colleen Stan apabila dia telah diculik dan dijadikan mangsa hamba seks selama 7 tahun dengan seorang lelaki yang gila. Berikut admin ceritakan kisah mengerikan ini berdasarkan perkongsian Jack Lester di Facebook.
Semuanya bermula apabila sepasang suami isteri menawarkan diri beri tumpangan pada Colleen…
Pada 19 Mei 1977, Colleen Stan yang baru berusia 20 tahun ini telah pergi mengembara (hitchhiking) menuju ke California untuk sambut majlis hari jadi kawannya.
Ketika dalam perjalanan, dia telah didekati oleh sebuah van biru yang dipandu sepasang suami isteri bernama Cameroon Hooker (23 tahun) dan Janice (19 tahun). Pasangan suami isteri ni kemudian menawarkan diri untuk beri tumpangan kepada Colleen.
Nak dijadikan cerita, Colleen yang dalam teragak-agak tu pun terima pelawaan Cameroon sebab dia nampak ada bayi dalam van tu. Nampaknya inilah keputusan akan dikesalinya sepanjang hayat.
Kereta melencong ke kawasan terpencil, Colleen dikurung di bilik bawah tanah rumah Cameroon?
Seperti yang dijangka, malang menimpa Colleen. Van yang dipandu Cameroon melencong ke kawasan terpencil. Leher Colleen kemudian diacu pisau, tangannya diikat sebelum dia dimasukkan ke dalam sebuah peti kayu.
Colleen seterusnya dikurung di bilik bawah tanah rumah Cameroon. Lebih teruk, dia bukan je kena rogol, malah dia jugak kena belasah, sebat dan dicederakan dengan renjatan elektrik.
Colleen jugak terpaksa melihat sendiri bagaimana Cameroon dan Janice melakukan hubungan seks. Yuck!
Dipaksa tanda tangan kontrak yang memaksanya untuk jadi hamba seumur hidup!
Beberapa bulan pertama penculikkannya, Colleen memang hidup menderita. Dia terpaksa berbaring kepanasan selama 23 jam sehari dalam peti kayu yang saiznya hampir sama dengan saiz keranda!
Dalam keadaan macam tu, Colleen hanya diberi makan kentang atau sandwich sekali sehari je dan kencing dalam ‘pispot’. Keadaan ni berlanjutan sehingga tahun 1978 di mana Colleen dipaksa untuk tanda tangan satu kontrak yang memaksanya menjadi hamba seumur hidup!
Pada masa yang sama, Cameroon jugak macam psiko si Colleen ni dengan kata pergerakan Colleen akan dipantau sindiket jenayah berbahaya yang dipanggil The Company.
Colleen diberi peluang rasa kebebasan tapi takut untuk larikan diri
Lepas kontrak hamba tu ditandatangani, Colleen pun diberikan sedikit kebebasan. Dia dah boleh keluar dari peti kayu selama sejam untuk kemas-kemas rumah Cameroon. Selain tu, dia juga diberi pelepasan untuk jaga dua anak orang Cameroon, pergi berjogging dan buat kerja-kerja di halaman rumah.
So bila dah jadi macam ni, sebenarnya ia adalah peluang keemasan lah untuk dia larikan diri daripada Cameroon. Peliknya, Colleen tak nak kerana sering dibayangi The Company. Dia juga masih relakan diri jadi hamba seks tatkala malam menjelma. Aduhai!
Cameroon ingin kahwini Colleen jadi isteri kedua, Janice cemburu?
Kemuncak kisah ini bermula pada tahun 1983 apabila Colleen dilepaskan dari peti kayu dan menjalani kehidupan normal seperti manusia lain serta mendapat pekerjaan.
Pada saat itu, Cameroon luahkan hasratnya ingin menjadikan Colleen sebagai isteri kedua dan perkara ni semestinya menimbulkan rasa tak puas hati Janice yang juga pernah jadi mangsa deraan Cameroon.
Mengikut perjanjian asal Cameroon-Janice, suaminya itu hanya dibenarkan untuk menjadikan mangsa culik sebagai hamba sahaja dan tak boleh melakukan hubungan seks!
Akhirnya pada Ogos 1984, Janice membuat keputusan untuk beritahu Colleen perkara sebenar. Kata Janice, Cameroon sebenarnya tak kena mengena pun dengan ‘The Company’. Disebabkan itu, Colleen ambil kesempatan untuk call Cameroon dan beritahu dia telah melarikan diri.
Sebaik je dengar berita tu, Cameroon terus menangis teresak-esak. Amboi cinta betul dia dengan Colleen!
Kes Marie Elizabeth Spannhake dan Cameroon akhirnya ditangkap!
Selepas berjaya larikan diri, Colleen tak hubungi polis untuk melaporkan apa yang berlaku kepadanya. Dia sering berhubung dengan Cameroon lagi agar bekas penculik tersebut berubah.
Pun begitu, Cameroon akhirnya ditangkap jua lepas Janice membuat laporan ke atas suaminya. Lelaki ni pada awalnya telah didakwa atas kesalahan menculik, mendera dan membunuh Marie Elizabeth Spannhake yang telah hilang sebelum penculikan Colleen.
Ekoran tak ada penemuan mayat, pihak mahkamah tak dapat mendakwa Cameroon. Pun begitu dia akhirnya didapati bersalah atas kesalahan menculik dan serangan seksual. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 104 tahun. Permohonan parol pada 2015 juga telah ditolak.
Janice pula tak didakwa kerana telah beri keterangan dalam kes pendakwaan terhadap suaminya. Dia telah menukar nama dan tinggal di California.
Filem diterbitkan berdasarkan kisah sebenarnya Colleen, Girl In The Box
Sama macam Janice, Colleen pun tukar namanya dan menetap di California. Penculikan ni tak memaksa Colleen untuk kecapi kejayaan dalam hidup. Dia akhirnya berkahwin dan dapat ijazah dalam bidang perakaunan.
Selain itu, Colleen juga aktif terlibat dalam bantu perempuan lain yang jadi mangsa penderaan.
Kisah Colleen ini difilemkan pada tahun 2016 bertajuk Girl In The Box dan telah mendapat rating 6.5/10 di IMDb.
Mujurlah dia terselamatkan. Aduh kalau tak entah jadi apa entah kan.