Siapa tak kenal dengan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan – M. Thinaah yang kini telah melayakkan diri ke suku akhir French Open 2022 kan?
Semalam mereka dilaporkan berjaya mengalahkan beregu wanita dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma – Amalia Cahaya Pratiwi pula. Wah hebat!
“Yang hitam, yang putih…”
Walau bagaimanapun, muncul pula satu berita tak enak didengar apabila tular satu video di Twitter memaparkan coach Indonesia sedang memberi arahan kepada salah seorang pemain iaitu Febriana ketika perlawanan berlangsung.
Menerusi video itu, coach berkenaan dilihat memanggil pemain beregu negara kita dengan panggilan ‘hitam’ dan ‘putih’ yang didakwa menandakan warna kulit mereka.
Had to post this since I guess everyone wonder what is hitam putih right? For Malaysian, colors are very sensitive yaaaa tetangga. We demand apologies from coach? Naahhh benda tu x payah mintak, if they willing dorang boleh je buat without us asking. #FrenchOpen2022 pic.twitter.com/cf4Mc7SvyT
— Official Shah (@shahaidin) October 28, 2022
Video berkenaan kemudian mendapat respon yang kurang memuaskan daripada peminat sukan badminton negara yang merasakan panggilan hitam dan putih itu agak sensitif di Malaysia.
Selain itu juga ramai yang meminta supaya jurulatih berkenaan membuat permohonan maaf kepada pemain beregu wanita tersebut.
Pun begitu, sehingga setakat ini tiada sebarang respon daripada coach tersebut berkenaan isu ini dan admin harap sebaiknya kita janganlah panjangkan isu kerana kemungkinan besar coach berkenaan juga tidak berniat untuk berkata perkara yang kita sangkakan.
Baca: Kasut Pemain Badminton Jamaica Terkoyak, Coach Malaysia Bagi Pinjam Kasut Terima Pujian Netizen