Kalau sebelum ini Lobak Merah pernah melaporkan tentang ada individu yang cuba untuk menjual botol air didakwa digunakan penyanyi Billie Eilish, kali ini, ada pula pihak yang cuba menjual handsock yang dikatakan telah digunakan penyanyi sama.
Menerusi satu perkongsiaan di Twitter, seorang pengguna ada memuat naik satu listing barangan ke platform Carousell. Barangan berupa handsock terbabit didakwa digunakan Billie Eilish semasa konsertnya yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lalu.
Menurut decriptions produk itu, handsock terbabit berjaya diperoleh dengan bantuan krew konsert sebelum sempat ia dibuang.
Jika sebelum ini, botol air yang didakwa digunakan Billie Eilish cuba dijual dengan harga RM1.2K, kali ini, handsock terbabit pula cuba dijual dengan harga RM4.8K. Mak oii!
Meninjau ke ruangan komen, tidak terkejutlah jika perkongsian itu meraih perhatian pengguna media sosial lain. Ramai yang terkejut tetapi ada juga yang cuba menduga ia mungkin taktik sesetengah orang tidak bertanggungjawab untuk mengaut untung.
“Kalau aku kaya sekalipun, tak sanggup nak beli. Baik pergi bercuti je,” komen netzien.
“Ntah peluh siapalah sebenarnya yang dia bagi ni. Handsock murah je tapi sampai RM5K kau dia jual sebab kononnya Billie pakai,” kata yang lain pula.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan takkan begitu mudah untuk mendapatkan barangan yang kononnya diguna oleh seseorang artis walaupun dengan bantuan krew konsert.
Ada juga yang menduga posting handsock terbabit mungkin satu gurauan atau scam susulan ia bukanlah handsock sama yang digunakan Billie semasa konsertnya.
Sumber: Twitter @Mulut_Cabai
Baca: “Harga RM1.2K”- Ada Yang Nak Jual Botol Air Yang Billie Eilish Guna Ketika Konsert Di KL