Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya jelas terpancar apabila tular beberapa keping foto yang memperlihatkan seorang lelaki warga emas sedang menunaikan solat di tepi tangga sementara menunggu isterinya yang berada di dalam bilik bedah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor yang merawat si isteri, Dr Asa Ibrahim di akaun Twitternya, dia mendedahkan bahawa warga emas yang berusia 67 tahun itu sedang menunaikan solat di tepi tangga bangunan hospital berkenaan.
Dia kemudiannya bertanya kepada warga emas itu mengenai perlakuannya itu sedangkan surau ada disediakan di tingkat bawah hospital berkenaan.
Jawapan yang diberikan oleh lelaki itu amat menyentuh hati kerana dia solat di situ disebabkan tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang sedang menjalani operasi pembedahan di bilik bedah.
Saya takut nanti kalau isteri saya tiba-tiba perlukan (saya), tapi saya tak boleh segera temaninya.
Menurut Dr Asa, isteri lelaki berkenaan yang berusia 66 tahun telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan patah tulang. Bukan itu sahaja, mereka juga hanya tinggal berdua sahaja gara-gara anak-anak mereka semuanya bekerja dan tinggal jauh.
Tambahnya lagi, cinta sejati itu sememangnya wujud berdasarkan perlakuan si suami yang enggan berjauhan dengan si isteri dan sentiasa ada disisi isterinya ketika dalam kesusahan.
“True love is real (cinta sejati itu wujud)”
Bapak usia 67 tahun,sendirian mendampingi istrinya 66 thn operasi patah tulang,tinggal berdua saja .Anak2 kerja/tinggal jauh
Sholat di pojok tangga,Saat ditanya kenapa tdk di mushola bawah?
Dijawab : saya takut nanti kalo istri saya tiba2 butuh tapi saya tdk bisa segera menemani pic.twitter.com/lQjxaOD5v8— dr.Asa ibrahim Sp.OT (@asaibrahim) January 12, 2021