in

Cinderella Sukan SEA 2019 : Kisah ‘Budak Gantian’ Haiqal & Kisona Yang Ramai Tak Tau

FEATURED 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini sedang berlangsungnya Sukan Sea Filipina 2019 yang menyaksikan kontijen negara sedang berhempas pulas mencapai sasaran 70 pingat emas pada edisi kali ini.

Memasuki hari terakhir hari ini, Malaysia kekal berada di kedudukan kelima dengan pungutan pingat sebanyak 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa dibelakang pendahulu Filipina (149 emas), Vietnam (96 emas), Thailand (92 emas) dan Indonesia (72 emas).


1 6
Sumber: Website rasmi Sukan SEA 2019

Meskipun Malaysia dijangka gagal mencapai sasaran 70 pingat emas bagi edisi kali ini, namun itu bukanlah ‘highlight’ yang ingin penulis ketengahkan.

Sebaliknya ramai yang mula cakap-cakap mengenai Haiqal Hanafi dan Kisona Selvaduray? Siapa mereka? Apa kaitannya dengan Sukan SEA 2019?

11 1

Ini kisah mereka yang ramai tak tahu sebelum mereka diangkat sebagai wira negara pada edisi Sukan SEA kali ini.

 

Ini adalah 2 cerita Cinderella yang sangat menarik untuk dicerita pada anak-anak kita

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2658471930913546&set=a.858499504244140&type=3&theater

CERITAKANLAH CERITA INI KEPADA ANAK2 KITA….

Ya, betul. Apakah persamaan antara Haiqal Hanafi & Kisona Selvaduray ?

Mungkin tuan-puan akan mengatakan yang kedua2 nya menang pingat emas Sukan SEA 2019. Seorang 100meter, seorang lagi badminton single.

Betul.

Namun sebenarnya ada ceritera yang lebih menarik.

Dua2 muda. Haiqal baru 20, Kisona 21. Dua2 juga pergi ke Sukan SEA sebagai atlit gantian. Mereka bukan pilihan utama. Atlit yang sepatutnya bertanding cedera.

Tapi…

22 1

 

“Mereka tiada dalam radar berita sukan sensasi tanahair, acara pecut lebih agungkan Russel, Khairul Hafiz Jantan, badminton lebih lihat Goh Jin Wei & Sonia Cheah”

Dua2 hampir tidak dikenali sebelum ini. Tiada dalam radar berita sukan sensasi tanahair. Dua2 juga tentulah bukan atlit dengan ranking tertinggi sebelum Sukan SEA. Tiada harapan disandar.

Acara pecut lebih agongkan Russel, J Nyepa & Khairul Hafiz Jantan. Badminton single wanita tentunya lebih melihat Goh Jin Wei & Sonia Cheah.

Haiqal & Kisona seakan permata yang tersembunyi. Menunggu masa untuk menyinar. Bila diberi peluang.

Maka beritahulah pada anak2 kita – sekiranya mereka belum dapat peluang mereka, teruslah berusaha.

Sekiranya orang di sekeliling mereka beritahu mereka yang mereka kurang bagus, jangan putus asa. Terus berusaha.

Dan, sekiranya orang menolak mereka atas sebab bakat – percayalah bakat boleh diatasi dengan kerja keras!

Seperti cerita Haiqal. Seperti cerita Kisona.

 

“Dia betul-betul melakukan 10.35s seperti yang dicanangnya!”

Haiqal pernah bercakap tentang catatan 10.35saat sebelum ini. Namun tidak pernah diberi cukup peluang. Dan di Sukan SEA, dia betul-betul melakukan 10.35s seperti yang dicanangnya! Yang orang lain anggap seperti cita-cita Mat Jenin untuknya sebelum ini.

 

“Game plannya – cuba ambil semua bola dan tidak menyerah kalah”

Kisona pula sedar dia bukanlah a fancy player. Dia hanya turun ke gelanggang dengan 2 gameplan – cuba ambil semua bola & tidak menyerah kalah. Kerana apa yang akan berlaku pada akhir perlawanan, tiada siapa yang tahu!

 

Inilah kisah 2 Cinderella Sukan SEA 2019, dulu hanya dilihat sebagai ‘pemain biasa’ namun mereka buktikan mereka adalah permata yang berharga!

Tahniah Haiqal dan Kisona, Lobak Merah ucapkan terima kasih kerana harumkan nama negara.

Baca : Umur bukan penghalang dapat gold medal Hampir 3 Dekad Mencuba, Wanita Berusia 50 Tahun Ini Akhirnya Berjaya Dapat Emas Dalam Sukan Sea

SUKAN SEA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.