in

“Cikgu tu seorang, ada 32 budak” – Keletah Ibu Bapa Dalam Grup WhatsApp Sekolah Memeningkan, Buat Cikgu Macam ‘Orang Suruhan’

Pantau Anak Gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang first time anak masuk sekolah, pasti korang sebagai ibu bapa risau dengan keadaan anak kan? Yelah ni kali pertama anak jauh dari kita dan bergaul pulak dengan budak-budak lain. Risau kalau jadi benda yang tak sepatutnya.

Tak salah nak risau dan sekali sekala bertanya tentang keadaan anak pada cikgu di sekolah. Tapi korang janganlah jadi ‘over protective’ kat anak tu sangat sampai buat cikgu-cikgu di sekolah macam kat bawah ni. 


 

“Tolonglah mak bapak jangan buat macam ni. Cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok” 

Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, dia sebagai ibu bapa meluahkan rasa jengkel pada ibu bapa lain yang berperangai ‘over’ semasa dalam grup WhatsApp sekolah anaknya. 

Menurut beberapa screenshot yang dipaparkannya, ibu bapa ini macam bergantung harap 100% pada cikgu untuk ‘jaga’ anak mereka sehinggakan perkara kecil macam barang hilang pun cikgu kena tengok beg sekolah murid satu persatu. Aduh pening! 

Cikgu 1

Hilang 1
sumber: facebook

 

“Anak kita pun BAIKKKK sangat, kalau dia buat orang atau dia mulakan dulu, mana kita tahu” 

Bukan saja kes barang hilang, kes anak bergaduh dengan anak orang lain pun ibu bapa masuk campur siap membebel dalam grup WhatsApp lagi.

Cikgu 2

Hilang 2
sumber: facebook

 

“Jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi” 

Cikgu 3

Safe 1

Safe 2
sumber: facebook

 

“Kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang” 

Cikgu 4

81942393 10221030712827262 3450594506771005440 N

81350793 10221029490316700 154874227181223936 O
sumber: facebook

Wah marah betul je parents ni! Bagi admin, perkara sekecil-kecil macam tu tak perlulah semua cikgu kena tengok kecualilah kalau ia sangat serius melibatkan kes buli dan lain-lain.

Apa-apapun bagi ibu bapa yang baru menghantar anak mereka first time ke sekolah tahun ni, semoga bertabah ye dengan kerenah anak. Manakala buat cikgu-cikgu pula, good luck dalam melakukan tugas yang serba mencabar ni.

Baca: “Boleh ke rambut macam tu?” – Aeril Zafrel Muat Naik Gambar Bersama Anak Di Hari Pertama Persekolahan, Tapi Kena Pertikai Netizen

Panjang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.