in

Cikgu Fadilah Buat Laporan Polis Berhubung Kes Curang Yang Tular Baru-baru Ini

kes abang cctv wiring

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadilah dan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang CCTV dan Wiring’ telah dikenakan denda sebanyak RM5,000 setiap seorang atas kesalahan percubaan melakukan zina oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.

7 4

Terkini, guru di sebuah sekolah menengah di Melaka itu dilaporkan telah membuat laporan polis susulan kes curang yang tular baru-baru ini.


Menurut laporan Malaysia Gazette, guru wanita berkenaan membuat laporan kerana tidak berpuas hati gara-gara video yang mengaibkan kehormatannya telah tersebar.

Susulan itu, sebuah kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: Abang ‘Wiring’ & Guru Sekolah Mengaku Bersalah Cuba Lakukan Zina, Didenda RM10,000

Artikel berkaitan: Panas Isu Skandal ‘CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp

Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang individu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, video tersebut masih belum dapat dijejaki oleh pihak polis setakat ini.

Ini kerana pihak polis percayai ia telah dipadam dari telefon bimbit berkaitan kes itu.

Dalam masa yang sama, pihak polis tidak menemui kesalahan berunsur pornografi di dalam telefon pintar milik “Abang CCTV & Wiring” setelah siasatan awal dilakukan, lapor Kosmo.

Untuk arahan selanjutnya, kes tersebut difahamkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Sumber: Malaysia Gazette, Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.