Badminton Asia Junior Championship sudah pun melabuhkan tirainya, pasukan China mendominasi kejuaraan itu manakala Korea Selatan di tempat kedua dan Malaysia ditempat ketiga bersama Indonesia.
Pun begitu, satu berita menyayat hati menimpa pasukan juara itu apabila salah seorang pemain perseorangan lelakinya, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika dalam perlawanan menentang Jepun.
Artikel berkaitan: “Rebah kemudian sawan” – Pemain Badminton U-17 China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan
Artikel berkaitan: “Jangan tengok saja” – Isu Pemain Badminton Maut, Dr Malar Kongsi Tips Berhadapan Situasi Cemas Serangan Jantung
Kematiannya itu membuatkan ramai yang berduka cita khususnya ahli pasukan serta peminat badminton dunia.
Ketika berada di atas podium bagi sesi penyampaian hadiah, pasukan China membawa jersi kepunyaan Zhang Zhi Jie dan situasi itu membuatkan ramai yang tersentuh.
here you can hear team kuih lapis cheer for cba juniors using 中国队加油! 🥹🥹 pic.twitter.com/vQZDbSMEPm
— lia is celebrating POOKIE CAT P2 🧡💫 (@softieweichang) July 2, 2024
Lebih menarik perhatian, pasukan junior Malaysia turut melaungkan ‘Ayuh Pasukan China’ ketika sesi penyampaian hadiah itu berlangsung.
Pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Team Kuih Lapis itu melaungkan ayat itu dalam bahasa Mandarin dan turut diikuti oleh pasukan-pasukan lain.
Sebagai info, Zhang Zhi Jie merupakan pemain badminton China berusia 17 tahun yang sangat berpotensi tinggi meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah di gelanggang semasa kejohanan yang diadakan di Indonesia, 1 Julai lalu.