in

Cheongsam & Saree Dilarang, IPTA Buang Poster Garis Panduan Kod Pemakaian Lepas Dikecam

Ft Ipta Dikecam Sebab Gambar Pakaian Larangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah Institut Pendidikan Tempatan Awam (IPTA) terkemuka baru-baru ini telah mengundang kemarahan netizen berkenaan dengan poster kod pemakaian untuk majlis graduasi.

Apa yang mendatangkan kemarahan mereka adalah berkenaan dengan contoh kod pakaian yang dilarang jika menghadiri majlis tersebut.


 

Saree dan Cheongsam adalah dilarang

Poster itu mula tular di Twitter dan meraih lebih daripada 1,700 jumlah retweets sepanjang 2 hari ia dikongsikan.

Dalam poster tersebut dipaparkan kod pemakaian buat para graduan dan tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Untuk pakaian graduan lelaki, dinasihatkan untuk memakai suit lengkap atau baju formal bersama tali leher serta baju melayu bersertakan kasut formal gelap bertutup kaki, begitu juga dengan tetamu yang ditambah dengan baju kemeja batik.

Sementara itu, untuk graduan wanita, mereka diarahkan untuk memakai baju kurung atau kebaya labuh atau blouse serta kemeja lengan panjang bersertakan kain/skirt labuh gelap sehingga ke buku lali, begitu juga dengan tetamu wanita.

Sementara itu, pakaian larangan buat lelaki dan perempuan adalah  seluar jeans, seluar pendek, kemeja T, skirt singkat, blouse tanpa lengan dan pario, turut menjadi larangan adalah capal/selipar.

Screenshot 2022 10 31 145822

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah, kelihatan Saree dan Cheongsam adalah sebahagian pakaian yang dilarang. Oleh itu, rata-rata netizen mempertikaikan peraturan tersebut kerana Saree dan Cheongsam merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional buat bangsa India dan Cina.

Screenshot 2022 10 31 154917 Screenshot 2022 10 31 154936 Screenshot 2022 10 31 154958

 

IPTA padam poster

Screenshot 2022 10 31 155518

Bagaimanapun poster tersebut telah pun dipadamkan,lapor Malay Mail. Namun begitu, mengikut tinjauan team Lobak Merah, laman sesawang tersebut telah menggantikan poster tersebut dengan penjelasan dalam bentuk jadual.

Screenshot 2022 10 31 155744

Harap perkara ini selesai dan tidak perlu diperbesarkan lagi. 

Baca : Unik, Universiti Di Indonesia Adakan Majlis Konvokesyen Secara ‘Drive Thru’

Untitled Collage

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.