in

Charles Ingram: Lelaki Yang Menang Sejuta Dalam ‘Who Wants to Be a Millionaire’ Tapi Kantoi Menipu

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang masa kecik-kecik dulu mesti pernah tengok rancangan Who Wants to Be a Millionaire kan? Memang ikonik betul game show ni masa dulu, nak-nak pulak hos dia Jalaluddin Hassan suka buat suspen.

Rancangan WWTBAM ini telah dibuat di seluruh dunia namun ia asalnya telah diterbitkan oleh negara United Kingdom sebelum negara-negara lain seperti Malaysia, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat mengikut jejak game show popular ini.


Tapi WWTBAM ni ada juga kontroversi dorang yang tersendiri, paling popular adalah apabila “skandal batuk” yang menyaksikan seorang lelaki bernama Charles Ingram berjaya memenangi wang sebanyak £1 juta.

Kalau korang nak tahu siapa Charles Ingram ni dan macam mana dia boleh terkantoi menipu semasa menyertai pertandingan ni, baca artikel dekat bawah.

Artikel berkaitan: “Dahsyat PMX!” – Anwar Ibrahim Jadi Salah Satu Soalan Dalam ‘Who Wants To Be A Millionaire’ India

Artikel berkaitan: 20 Penipuan MLM Popular di Malaysia Anda Perlu Tahu dan Berjaga-jaga

Siapa Charles Ingram?

Nintchdbpict000000148902.Jpg

Charles Ingram dilahirkan pada 6 Ogos 1963 di Shardlow, Derbyshire dan merupakan anak kepada komander sayap tentera udara, John Ingram dan Susan, pereka set teater.

Charles menghabisan kebanyakan pendidikannya di sekolah berasrama swasta, Oswestry School dan menyambung pelajarannya di Kingston University dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan awam.

Pada tahun 1986, Charles telah menjalani latihan ketenteraan British di Sandhurst dan diberikan jawatan pegawai di Royal Engineers sebelum dinaikkan pangkat menjadi kapten pada 1990 dan mejar pada 1995.

Charles telah bertemu dengan bakal isterinya Diana ketika wanita itu sedang menjalani latihan sebagai guru di Barry College di South Wales dan pasangan ini telah berkahwin pada 1989. Mereka dikuniakan dengan tiga cahaya mata.

Untuk pengetahuan korang, sebelum Charles menyertai WWTBAM, Diana dan abangnya, Adrian Pollock sebelum ini pernah sertai pertandingan tersebut dan berjaya memenangi wang sebanyak £32,000.

Apa yang berlaku semasa Charles Ingram sertai Who Wants to Be a Millionaire?

Pada tahun 2001, WWTBAM telah dilanda kontroversi apabila seorang peserta, Charles Ingram telah berjaya menipu sehingga memenangi hadiah maksimum £1 juta.

Untuk mendapatkan tempat dalam rancangan ini, Charles telah berlatih menggunakan mesin “jari paling cepat” yang dibina oleh dia dan Diana sendiri di rumah.

Charles kemudiannya telah muncul di dalam dua episod rancangan kuiz ini di mana ketika episod pertama, mereka telah kesuntukan masa dan dia muncul semula dalam episod kedua untuk menghabiskan permainannyan.

Ketika rakaman habis dibuat pada hari pertama, Charles dilihat seperti tak boleh pergi jauh. Ini kerana, lelaki ini telah pun menggunakan dua dari tiga talian hayat ketika dia tiba ke soalan bernila £4,000.

Biasanya, kru produksi tak memberikan harapan yang tinggi kepada sesiapa yang telah menggunakan lebih dari satu talian hayat sebelum mencecah jumlah lima angka untuk pergi jauh.

Tapi segalanya berubah apabila Charles kembali ke studio untuk menghabiskan episodnya. Berkerjasama dengan isterinya Diana dan seorang lagi peserta “jari paling cepat”, Tecwen Whittock, Charles akan berfikir tentang jawapan yang dipilihnya dengan kuat selepas mendapat soalan dari hos, Christ Tarrant.

Apabila Charles menyebut jawapan yang betul, bunyi batuk akan kedengaran di bahagian penonton. Salah satu soalan yang paling diingati ramai adalah apabila Charles diminta untuk jawab siapa yang telah merakamkan album 2000, Born To Do It.

Pada awalnya, Charles yakin yang jawapan kepada soalan tersebut merupakan A1 memandangkan dia tak pernah dengar langsung tentang Craig David. Tapi bila dia mahu mengunci jawapan tersebut, tanpa sebab yang jelas lelaki ini telah ubah fikiran dan memilih Craig David.

Macam mana Charles Ingram terkantoi?

Ingram 1

Ketika pusingan akhir, kru produksi mula perasan bunyi batuk yang berulang-ulang di dalam studio. Pengurus pentas, Philip Davies mengatakan di dalam mahkamah bahawa memang biasanya ada bunyi batuk ketika rakaman dibuat tapi ia biasanya tak tentu dan bukan sistematik.

Selepas selesai merakamkan episod Charles, kru produksi mula menonton semula footage tersebut dan episod itu telah ditarik balik dari ditayangkan sebelum produksi memberitahu Charles tentang perkara tersebut dan wang kemenangannya yang akan ditahan.

Ekoran episod tersebut tidak ditayangkan, orang ramai hanya dapat melihat kemenangan besar tersebut pada 2013 ketika dokumentari Tonight With Trevor McDonald – Major Fraud.

Charles, Diana dan Tecwen kemudiannya telah ditahan kerana disyaki menipu dan ekoran statusnya dalam ketenteraan, Charles telah dipanggil sebagai ‘The Coughing Major’ apabila skandal ini diketahui ramai.

Semasa perbicaraan, pihak pembelaan berhujah mengatakan bahawa Tecwen mengalami alahan dan disebabkan itu, wanita ini kerap batuk sepanjang rakaman dijalankan. Namun begitu, rakaman dari rancangan ini menunjukkan Tecwen berhenti batuk apabila Charles meninggalkan set tersebut.

Charles turut mendakwa, rakaman yang ditunjukkan semasa perbicaraan telah disunting secara tidak adil dan mengatakan yang dia tak perasan pun bunyi batuk tersebut.

Namun begitu, ketiga-tiga dari mereka didapati bersalah di mana Charles dan Diana telah dihukum penjara 18 bulan dan Tecwen 12 bulan. Mereka juga telah didenda sebanyak £15,000 setiap seorang dan tambahan £10,000 untuk kos mahkamah.

Walaupun didapati bersalah, pasangan Ingrams ini bagaimanapun sehingga hari ini mendakwa yang mereka tidak bersalah.

Ada kemungkinan tak bersalah?

Skynews Charles Ingram Millionaire 4970330

Persoalan sama ada tiga individu ini benar-benar bersalah atau tidak masih diperdebatkan sehingga hari ini.

Pada tahun 2006, seorang penulis Guardian, Jon Ronson yang telah mengikuti perbicaraan kes ini mengatakan yang dia ada keraguan dengan keputusan mahkaman.

Dalam satu artikel pendapatnya, Ronso mengatakan bahawa dia rasa Charles, Diana dan Tecwen mungkin tak bersalah.

Pada tahun 2015 pula, seorang wartawan Bob Woffinden dan bekas peserta WWTBAM James Plaskett telah menerbitkan sebuah buku yang menunjukkan beberapa masalah tentang kes Ingrams dan Whittock.

James Graham, penulis disebalik drama ITV juga turut mempunyai pendapat yang sama. Ketika bercakap dengan Radio Times, James mengatakan ada beberapa perkara tentang kes ini yang tak masuk akal.

Ini kerana, Charles dan Diana tak pernah berjumpa dengan Tecwen sebelum ini dan tak pernah menghabiskan masa di dalam bilik yang sama dengan satu sama lain. Mereka cuma ada satu panggilan telefon berdurasi lapan minit sebagai peminat rancangan tersebut yang mengetahui mereka akan ada bersama-sama di dalam program yang sama.

Tak cukup dengan itu, Tecwen juga telah didiagnos sebagai pesakit asma yang tak boleh mengawal batuknya.

Apa yang berlaku kepada Charles selepas perbicaraan?

Selepas perbicaraan tersebut, Charles diarahkan untuk berhenti dari ketenteraan dan memberi semula jawatannya sebagai mejar.

Walaupun begitu, Charles dan Diana telah menyertai beberapa rancangan realiti TV yang lain seperti The Games, The Weakest Link dan Wife Swap. Mereka juga turut tampil dalam Hell’s Kitchen di mana Gordon Ramsay telah menghidangkan gula-gula batuk untuk pasangan ini.

Kalau betul dorang tak bersalah, memang tak bernasib baiklah. Hilang sejuta tu…

Sumber: The Yorkshire Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.