in

Cermin Kereta Guru Besar Dipecahkan, Wang Bantuan Persekolahan RM 100K Lesap

Pecah Kereta Guru Besar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru besar terkedu apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang kerana dilarikan penjenayah.


Menurut laporan Berita Harian, wang berkenaan baru sahaja dikeluarkan oleh guru besar sekolah berkenaan, lalu cermin kenderaannya dipecahkan dan wang tersebut dilarikan ketika dia pergi membeli minuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah semalam, ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

Cats 30

“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan dalam sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri,” katanya.

Pihak polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Baca: “Ingatkan nak mencuri” –  Aksi Jiran Panjat Pagar Lalu Alihkan Ampaian Terima Pujian Ramai

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.