in

Cara Nak Stop Terima Panggilan Tak Dikenali Tanpa Perlu ‘Tipu Sunat’

Cara Sekat Panggilan Tak Dikenali

Dalam salah satu laporan akbar tempatan, Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang menerima panggilan spam tertinggi di dunia dengan lebih daripada 90 juta panggilan secara keseluruhan dalam setahun yang terdiri daripada pelbagai sumber yang tak dikenali diterima.

Malah statistik itu juga menyatakan, Malaysia merupakan negara tertinggi yang menerima panggilan scam dengan 63 peratus diikuti dengan tawaran khidmat kewangan sebanyak 21 peratus, agen pemasaran insurans sebanyak 10 peratus, panggilan operator 5 peratus dan terakhir pemungut hutang sebanyak 1 peratus.

Bukan itu sahaja, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 5,725 kes penipuan panggilan telefon dilaporkan sepanjang 2019 dengan kerugian melebihi RM250 juta dan jumlah ini meningkat kepada 6,003 kes pada tahun 2020 dengan kerugian mencecah RM290 juta!

S

Selain melalui panggilan, Malaysia juga tersenarai di tempat ke-15 sebagai negara yang paling banyak menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikategorikan sebagai spam. Secara purata, setiap orang menerima sekitar 24 pesanan spam setiap bulan dalam setahun.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral ini?

Untuk mereka yang sedang atau sering berdepan dengan masalah ini, ini ada beberapa cara untuk hentikan penerimaan panggilan atau SMS yang tidak dikenali ini :

Droid Guy Caller

Sekat satu persatu 

Walaupun agak leceh, ini merupakan cara yang sangat berkesan untuk sekat panggilan atau mesej dari individu yang tak dikenali ni. Cuma, kekurangannya adalah ia hanya boleh dilakukan selepas kita angkat (kalau angkat) panggilan atau baca pesanan tersebut.

Perlindungan dari peranti 

Selain dari lakukan sekatan, sesetengah peranti ada fungsi terbina untuk menyekat panggilan tak dikenali. Bila fungsi tersebut diaktifkan, sesetengah peranti akan menyekat panggilan secara automatik.

Hidupkan mod Do Not Disturb

Ini langkah yang agak ekstrem kerana bukan setakat panggilan spam, malah apa jenis notifikasi tidak akan dihantar ke pengguna setelah mod ini dihidupkan.

Ios 12 Do Not Disturb Options

Bagaimanapun, sebenarnya cara yang terbaik adalah untuk tingkatkan keselamatan dengan memuat turun aplikasi pihak ketiga yang ada ditawarkan secara percuma. Bukan apa, kadang-kadang ada beberapa badan kerajaan akan menggunakan khidmat ‘robocall’ jadi kalau kita hidupkan mod ‘DND’, memang tak akan masuk panggilan tersebut.

Sesetengah panggilan pula akan terus disambungkan ke pegawai pemasaran dan ada kalanya mereka ini akan terus becakap dan promosikan sesuatu walaupun dah diberitahu kita tak berminat dengan apa yang dipromosikan.

Biasanya, bila perkara macam ni berlaku kita perlu juga lakukan tipu sunat untuk mengelak daripada ‘termakan’ kata-kata mereka dan min pasti, ramai yang akan gunakan ‘tipu sunat’ seperti mempunyai komitmen yang banyak, tidak menggunakan kad kredit atau lebih ekstrem, buat-buat terputus talian.

Giphy 2

Jadi, min sarankan cari aplikasi yang ada fungsi untuk kenalpasti siapa pemanggil tanpa perlu buang masa untuk angkat atau fikir ‘ayat’ untuk tipu si pemanggil.

Contoh yang min gunakan sekarang ialah Whoscall. Antara aplikasi yang mudah dan percuma untuk korang gunakan ada ditawarkan melalui Google Playstore atau App Store yang boleh dedahkan pemanggil tanpa perlu kita angkat panggilan tersebut.

Whatsapp Image 2022 06 24 At 3.59.02 Pm

Selain fungsi tersebut,ada juga fungsi Auto Spam Call Blocker yang sangat membantu sebab ia akan menyekat secara automatik nombor-nombor yang dah ditanda sebagai spam oleh komuniti pengguna yang melebihi 100 juta pengguna. Cuma kalau versi percuma, kita kena kemaskini secara manual setiap minggu, manakala kemaskini automatik tersedia pada versi premium.

Tak cukup dengan itu, kalau korang nak buat semakan nombor atau nak lebih selamat sebelum call nombor yang tak dikenali, boleh buat pencarian dalam 1.6 billion pangkalan data Whoscall, dan pihak mereka akan kenalpasti dahulu nombor yang tak dikenali tersebut sebelum panggilan dibuat.

Fa2 1

Untuk pengguna android pula, ada ciri penambahan yang mana ada Smart SMS Assistant yang akan bantu kenalpasti mesej spam atau penipuan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sertai lebih daripada 100 juta pengguna yang berpuas hati dengan muat turun aplikasi Whoscall di Google Play atau AppStore ini.

Fa1 1

P/s : Kalau korang nak cuba versi premium ni secara percuma untuk 30 hari, tekan link ini atau scan sahaja kod QR yang di gambar dan masukkan kod “TAKNAKSCAMCALL”.

Sumber: Appuals
Sumber: iJunkie
Sumber: Whoscall
Sumber: Whoscall