in

“Cape sih liat kelakuan orang kek gini” – Sekeluarga Diserang Demam Lepas Mandikan Jenazah Covid-19

Feature 2 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua dah sedia maklum dengan prosedur pengebumian jenazah mangsa Covid-19. Walaupun sedih, keluarga tidak dibenarkan untuk mendekati jenazah supaya risiko jangkitan wabak boleh dikurangkan.


Namun, ada juga yang degil sehingga perbuatan tersebut mengancam nyawa seperti kisah kali ini yang berlaku di Indonesia.

Menurut Portal Makassar, sekeluarga telah mengalami demam selepas memandikan jenazah Coronavirus baru-baru ini. Degil betul lah dorang ni.

Indo 1 3

Difahamkan, pihak hospital telah pun menyempurnakan jenazah namun ahli keluarga tetapi berkeras mahu membawa pulang mangsa ke rumah.

Pasangan suami isteri dan anak mereka yang merupakan saudara kepada mangsa kematian Covid-19 telah pun dikuarantinkan dalam rumah mereka dan orang kampung yang lain tidak dibenarkan untuk mendekati mereka sekeluarga.

Indo 2 1

Suhu badan si isteri telah mencecah 37.5 darjah celcius walaupun dia tidak mengalami simptom Coronavirus yang lain.

Namun, sehingga sekarang, difahamkan pihak petugas kesihatan belum lagi datang untuk memeriksa keadaan mereka sekeluarga.

Rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa kecewa mereka dengan sikap tidak bertanggungjawab sekeluarga ini.

Indo 1 2

Tapi, nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. 

Baca: “Sekampung sekarang terancam jadi pembawa” – [VIDEO] Pesakit Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Keluarga Mengamuk Nak Bawa Jenazah Balik

Indo 1

Sumber: Kompas.com
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.