in

“Cantiknya mata awak!” – Hati Netizen Tertawan Dengan Kecomelan Bayi Kacukan Melayu Eropah Ini

Alahaiii Comel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak suka bayi, kan? Tambah-tambah pula kalau bayi tersebut anak kacukan dari pasangan ibu bapa yang berbeza benua. Pasti da boom anak yang bakal dilahirkan tu!

Menurut Siti Safuraa Hamzah, 32, sebelum anaknya Dhuhaa Sophea Stumbrys, 9 bulan dilahirkan lagi, bayi tersebut sudah pun mempunyai peminat yang tidak sabar-sabar melihat kelahirannya.


Comel 2
sumber: instagram
Comel 5
sumber: instagram

Setelah dia dilahirkan, anak tunggal Safuraa bersama suami Eropahnya, Asadullah Stumbrys mendapat perhatian rakan, keluarga dan juga netizen di media sosial selepas gambarnya tular sejak Oktober lalu, lapor Harian Metro.

Safuraa yang juga bekas model tidak menyangka jodohnya ialah seorang ‘mat salih’.

Saya tak pernah merancang atau berminat nak kahwin dengan ‘mat salih’. Alhamdulillah jodoh saya dengan suami dan dikurniakan anak comel.” 

Comel 9
sumber: instagram

Menurut Safuraa yang merupakan anak jati Terengganu, tempoh perkenalannya dengan suami cukup singkat dan semuanya bermula selepas dia melakukan solat istikharah. Kini dia sudah hampir tiga tahun bernikah dan tinggal di Sweden.

Comel 8
sumber: instagram

Selepas tularnya foto Dhuhaa, dia diminta memuat naik video dan gambar Dhuhaa hampir setiap hari di laman Instagram.

Ada mesej saya di akaun FB minta video dan gambar. Jika saya tidak muat naik dalam tempoh dua hari, pasti ada yang risau dan bertanya keadaan Dhuhaa.”

Comel 3
sumber: instagram
Comel 7
sumber: instagram
Comel 1
sumber: instagram
Comel 11
sumber: instagram
Comel 10
sumber: instagram

Walaupun Safuraa banyak menerima komen positif dari netizen yang memuji kecantikan anaknya terutama pada bahagian mata, namun masih ada juga yang melemparkan komen bersifat negatif akan bahaya kecomelan yang dimiliki Dhuhaa. Yalah zaman sekarang kan macam-macam. Takut jadi bahan pedofil pula…

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang teringin nak melihat kecomelan Dhuhaa setiap hari, bolehlah ikuti instagram @ctsafuraa.

Buat ibu yang tengah hamil tu, elok juga tengok muka Dhuhaa setiap hari. Manalah tahu wajah bayi yang dikandung boleh jadi iras-iras si comel ni. 

Baca: “Maafkan kami adik. Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar…” 

Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.