in

Bunyi Bising Dari Atas Rumah, Wanita Terkejut 2 Ekor Kambing Di Atas Bumbung

Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita terkejut apabila bunyi bising di atas bumbung rumahnya di Kampung Padang Lalang, Alor Gajah, Melaka rupa-rupanya berpunca daripada dua ekor kambing jantan yang berkeliaran di situ.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi itu, Rokiah Salim, seorang peniaga rojak, pada mulanya menyangka bunyi tersebut datang daripada monyet sebelum mendapati dua ekor kambing bertenggek di atas bumbung rumahnya.


Screenshot 2025 03 02 at 2.05.13 PM

Kebingungan dengan situasi itu, dia segera menghubungi Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah untuk mendapatkan bantuan.

Kambing-kambing itu dipercayai berasal dari Kampung Rantau yang terletak bersebelahan memandangkan tiada penduduk di kampungnya yang memelihara ternakan tersebut.

Beberapa hari sebelum kejadian, Rokiah menyedari kehadiran kambing-kambing yang sering meragut rumput berhampiran rumahnya meskipun telah dihalau berulang kali.

Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan ke lokasi dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap kambing tersebut menggunakan tanjul dan tali.

Kambing-kambing itu dipercayai memanjat bumbung melalui bahagian sengkuap zink rumah berhampiran yang lebih rendah.

Artikel berkaitan: Omar Bin Omran: Lelaki Hilang Ditemui Hidup 26 Tahun Kemudian, Rupanya Jiran Sorok Dalam Kandang Kambing!

Artikel berkaitan: Ramai Tak Percaya ‘Mowgli Malaysia’ Dah Besar! Ini Perkembangan Terkini Syukor Khamis

Screenshot 2025 03 02 at 2.04.51 PM

Operasi menyelamat dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada bumbung rumah, memandangkan kambing-kambing tersebut agak liar dan sukar didekati.

Insiden ini bukan sahaja mengundang kehairanan penduduk, malah mencetuskan tanda tanya bagaimana haiwan tersebut boleh memanjat ke tempat setinggi itu.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.