in

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Disyaki Buhul Sihir, Ditemui Atas Pusara Bapa Muhyiddin Yassin

Sihir Pusara Bapa Muhyiddin Yassin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan bagi umat Islam di negara ini untuk menziarahi kubur insan terdekat pada pagi setiap kali tibanya hari raya.

Semalam, ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa selepas menemui bungkusan kecil yang diikat benang di atas pusara Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad.


Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel berkaitan: “Jangan buka! Sihir tu” – Adik Beradik Ini Ziarah Pusara Parents, Terkejut Jumpa ‘Botol Berisi Kapan’ Dekat Kubur Bapa

Artikel berkaitan: “Tolong sampaikan kepada dia dan keluarga…” – Gambar Terpacak Atas Kubur Kerana Perbuatan Sihir

Menerusi perkongsian ahli keluarga di TikTok, memaparkan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar, Johor.

@dnlfrhn11

Terjumpa di kubur atok pagi raya ni.. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik

♬ Takbir Hari Raya – Ibrahim Elhaq

Menurut pengguna media sosial, bungkusan itu seakan buhul sihir iaitu sihir untuk membunuh atau menyebabkan sasaran sihir lumpuh anggota badan.

Bagaimanapun, bukan pusara Allahyarham sahaja tetapi bungkusan kecil itu juga turut ditemui di pusara isteri Allahyarham Mohamad Yassin.

@dnlfrhn11

Kubur sebelah, tg lain dan isteri arwah atok pun ada juga. Banyak sangat. #syirik

♬ Astaghfirullah – Hafiz Hamidun

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal meluah rasa sedih dan mengutuk sekeras-sekerasnya perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian.

Dr Sahruddin meminta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis.

Sekadar info, Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun. Allahyarham merupakan penerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.

Seramnya! Siapalah yang sanggup buat perkara terkutuk ni!

Sumber: TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.