in

“Bukti islam yang dituduh pengganas” – Segelintir Netizen Melenting Bila Video Di Christchurch Disekat SKMM?

2271A690 46D6 11E9 B0C2 1B7Abe9Eb147

Hari ini boleh dikatakan agak kelam buat umat islam di seluruh dunia, insiden tembakan secara rambang sehingga meragut nyawa ini cukup mengguris hati kita semua.

Tapi dalam kesedihan yang menyelubungi diri umat islam, wujud pula perbalahan sesama muslim berikutan dengan tersebarnya video kekejaman tersebut.

Amat mengecewakan apabila ada umat islam yang mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)  menyekat video tersebut.

 

“Sempitnya pemikiran..video ni la bukti orang islam yang dituduh pengganas– Netizen

Seeloknya jangan lah disebarkan kerana seolah-olah memberi publisiti kepada pembunuh dan itu lah niat mereka, ia sebagai tanda hormat kepada keluarga mangsa malah menyebarkan keganasan bukan lah cara islam. 

Tapi sebaliknya, kebanyakan umat islam lebih suka menjadi orang pertama dalam menyebarkan sesuatu perkara sehingga lupa sensitiviti dan batas moral. Lihat perkongsian daripada Injang Nation ni. Siap kata pemikiran singkat lagi.

Videocc Videocc2

 

Kenyataan MCMC

Kenyataanmcmc

 

Mungkin ada antara mereka yang masih tak faham tentang sensitiviti dalam menyebarkan sesuatu perkara. Jadi berpada-pada dalam menyebarkan video itu.

 

Baca : Insiden Christchurch: Indahnya Islam, Lelaki Pertama Ditembak Mati Sempat Ucap ‘Hello Brother’ Pada ‘Pengganas

Nojh0Iwv