in

“Bukan toxic perkahwinan je, jadi boss pun hauk” – Bekas Staf Dedah Perangai Sebenar View Chin

ft bekas staf dedah peragai vc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan tularnya video rakaman CCTV menunjukkan TikToker terkenal memukul isterinya di Twitter, seorang bekas pekerja di syarikatnya telah tampil membuat satu pendedahan berkenaan dengan perangai ‘toxic’ bekas majikannya itu ketika berkhidmat dengannya.

Dikatakan, wanita yang dikenali sebagai Hanim Rose ini, hanya bertahan selama hampir 6 bulan sahaja bekerja di syarikat tersebut, ia berikutan dengan faktor gaji yang tidak mencukupi tapi kerja banyak, waktu terluang yang terhad bahkan difahamkan TikTokers itu suka buat lawak lucah.


 

MC jatuh kat tempat kerja pun kena potong gaji

Hanim mengatakan dia dah tinggalkan syarikat tersebut pada tahun lepas, katanya dia alami banyak perkara buruk sebelum TikTokers, View Chin ada scandal dengan pekerja yang dikenali sebagai Mira itu.

“First of all, this is a story about my experience of working for him that ive been keeping for so long and to make it clear sebab i tengok too many wrong accusations towards orang yang tak bersalah.”

Hanim menjelaskan bahawa dia pernah bekerja sebagai pereka fesyen untuk baju-baju wanita plus size syarikat tersebut. Sepanjang 6 bulan bekerja di situ, kesihatan mentalnya terjejas kerana terpaksa buat banyak benda dengan gaji yang diberikan hanya RM 2,500 sebulan.

Workload tidak setimpal dengan jumlah gaji itu.

 

“Masa interview, sembang melangit, lepas habis probation…”

Hanim mengatakan selepas dia tamat tempoh probation, macam-macam alasan yang diberikan majikan kepada pekerja kerana tak mahu naikkan gaji, Boleh dikatakan semua staf akan dilanjutkan tempoh probation itu. Malah gaji pun tak pernah diberikan mengikut waktu yang tepat.

Lebih teruk lagi, seandainya pekerja sakit dan dapat surat cuti daripada klinik, View Chin akan tarik muka. Pendek kata, setiap kali ada pekerja yang baru pulang daripada bercuti, pasti bos mereka akan ‘buat muka’.

 

Ajak keluar bersama

Dalam pada itu, Hanim juga mendedahkan yang dirinya juga pernah menjadi ‘buruan’ bekas majikannya itu, di mana TikTokers terkenal itu akan ajak dia keluar hampir setiap minggu.

Bagaimanapun, dek kerana pendirian yang kuat dan masalah tertentu, Hanim enggan mengikut ‘kehendak’ majikannya.

Bahkan, Hanim juga mahu menjaga hati isteri TikTokers itu yang kini dikatakan sudah bercerai. Malah, bukan Hanim sorang je, yang lain pun dikatakan ‘kena’ perkara yang sama.

 

Kalau sembang mesti nak melucah?

Malah, Hanim menjelaskan dia rasa kurang selesa apabila bekas majikannya itu suka membuat lawak lucah, bahkan, ramai staf yang menjadi mangsa body shaming oleh majikan sendiri.

 

Lepas hampir 6 bulan kerja, terus hantar surat resign, rupa-rupanya 8 staf lain ikut sama

Tidak tahan dengan persekitaran toksik di tempat kerja, Hanim membuat keputusan untuk berhenti kerja, namun, tanpa diduga 8 staf lain juga memberikan notis letak jawatan dalam masa yang sama.

Bagaimanapun, Hanim turut menjelaskan sikap isteri majikannya, Shermine sepanjang bekerja di situ. Jelasnya, Shermine seorang yang sangat baik hati dan rajin bekerja serta taat kepada suami, biarpun Hanim dan rakan sekerja lain cuba ingin beritahu mengenai sikap suaminya, dia lebih memilih untuk mempercayai suaminya kerana terlalu sayang.

 

Dedah sikap penyondol di tempat kerja

Memandangkan Hanim pernah bekerja di syarikat itu, pastinya dia telah bersemuka dengan staf yang menjadi ‘pihak ketiga’ dalam perkahwinan Tiktokers ini, Mira. Jelasnya si ‘penyondol’ tersebut memang ada masalah attitude.

Jika anda ada ikuti akaun TikTok mereka, pasti akan familiar dengan watak ‘Anak Datuk’. Jelas Hanim, di sebalik apa yang kita nampak di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Teha ini banyak tanggung bebanan, malah Hanim menjelaskan bahawa Teha seorang yang sangat berhati mulia.

Oleh itu, Hanim menyeru kepada orang ramai untuk tidak libatkan Teha dalam hal ini kerana dia sudah banyak harungi dugaan, malah Hanim juga berharap agar netizen teruskan menyokong Shermine.

Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya status perkahwinan si penyodol itu. Jelas Hanim, si penyondol itu sebenarnya masih belum berkahwin lagi.

Baca : “Patutlah Nampak Rapat Semacam” Isteri View Chin Dedah Suami Ada Skandal Dengan Pekerja Sendiri

view chin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.