Sehingga hari ini, isu ikan siakap ‘kayangan’ yang viral di media sosial sehingga mencecah harga ribuan ringgit masih disebut di media sosial.
Isu ini turut mendapat perhatian Dato Seri Vida (DSV) yang sedang bercuti di Langkawi bersama anak-anaknya sekarang dan menyatakan hasrat untuk bayarkan semula wang kepada pelanggan tersebut.
Menurut DSV, dia rasa terpanggil untuk belanja harga ikan siakap tersebut kerana bersimpati dengan nasib pelanggan itu.
Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Kebetulan saya masih bercuti di Langkawi, saya rasa terpanggil untuk belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.
Kiranya saya belanjalan makan ikan siakap itu dan nak bayar balik kepada wanita itu. Bolehlah dia dapat duit tersebut semula bagi kegunaan lain.”
https://www.instagram.com/p/CV7sfIAB5GX/
Tawaran dari DSV ini telah pun sampai ke telinga wanita yang dikenali sebagai Niena ini yang kemudiannya tampil menerusi siaran langsung di Instagram DSV.
Namun, wanita ini telah menolak dengan baik tawaran DSV untuk bayarkan semula harga ikan tersebut dan menjelaskan niatnya menularkan kisah ini adalah supaya ia tak berlaku kepada orang lain.
Bukan kami nak sombong Dato’, tapi ada yang lebih memerlukan kami cuma tak nak orang lain teraniya.
“Kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus. Kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut dan tiada niat untuk viralkan hal ini.
Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Dato’ masih nak berikan wang tersebut sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.”
Betul jugak tu, kadang-kadang kita ni luahkan bukanlah sebab tak mampu nak bayar tapi sebab rasa tertipu dengan harga macamtu.
Baca: Gadis Teruja Mahu Ikut Resipi Khairulaming, Tapi Kucing Dah Makan Ikan Siakap Dulu