in

“Bukan krew yang pasang” – Pengarah Buka Mulut Lepas Ramai Gelakkan ‘Scene’ Hospital

collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua ada tak yang follow drama Bisik-bisik Gelora yang ditayangkan dekat TV3 baru-baru ni tak?

Kalau korang follow mesti korang tahu yang baru-baru ni salah satu babak dalam drama ini telah dijadikan bahan lawak netizen selepas cara tiub pernafasan yang dipakai oleh pelakon Redza Rosli yang terlantar dalam hospital dilihat pelik.


Bukan tu je, seorang doktor turut membuat video di TikTok menegur pihak produksi untuk membuat kajian dan tidak hanya hentam kromo.

@hafeezdru

#shouldbeme bebel #hospitallife #medicalhumour #medicallife #masukberandafyp #hospitaltiktoks #hospitaltiktoks #medicaldrama #hospitaldrama

♬ original sound – Hafeez – Hafeez

Ekoran ini, pengarah Bisik-Bisik Gelora Riza Baharuddin akhirnya buka mulut dan mengakui kesilapannya kerana meluluskan babak tersebut sehingga scene tersebut menjadi viral, lapor Harian Metro.

Namun, Riza menjelaskan pemasangan tiub tersebut sebenarnya dibuat oleh pegawai perubatan di hospital dan bukan dipasang sendiri oleh krew produksi. Ha sudahhh

FEATURED 37 2 750x375 1

Sebenarnya peralatan pernafasan itu dipasang sendiri oleh pegawai perubatan yang bertugas di hospital dan bukannya dibuat sesuka hati oleh kru produksi. Ini kerana, penggambaran babak itu saya buat dalam hospital betul dan bukan di studio.

Saya sendiri, mulanya ada bertanya kepada individu yang memasangkan peralatan itu sama ada betul atau tidak dan dia memaklumkan semuanya okey. Jadi, saya terima sajalah kerana yakin individu itu lebih arif dan tahu dengan bidang kerjanya.

“Silapnya saya, tidak merakam gambar ketika pemasangan alat itu dibuat. Kalaulah saya ambil gambar, mesti boleh dirujuk kepada doktor atau pakar perubatan yang lain sama ada cara penyambungan tiub bantuan pernafasan dibuat itu betul atau salah.”

sinopsis bisik bisik gelora

Bagaimanapun, Riza menjadikan perkara ini sebagai pengajaran untuknya di masa hadapan dan enggan menunding salah kepada pegawai perubatan yang membantu produksinya itu serta menerima kritikan penonton secara positif.

Kalau orang nak kecam pun, saya ambil positif semuanya supaya ‘next time’ saya tak akan buat benda yang sama itu. Selepas ini, saya akan pastikan ada ambil gambar dan kemudian rujuk dengan beberapa orang doktor untuk kepastian saya nak ‘shoot’. Saya pun nakkan benda yang logik.

“Cerita dah logik, tapi hanya disebabkan kesilapan benda itu terus jadi tak logik dan saya memang kecewa sedikit. Tapi, apa-apapun saya salahkan diri sendiri juga sebab saya yang meluluskan ‘scene’ itu. Saya tidak mengambil gambar dan seterusnya rujuk dengan doktor yang pakar lebih dulu.

“Saya rasa membuat kesilapan besar di sini. Ia berikutan, saya terlampau percaya kepada orang yang memasang benda itu. Saya akur dan mengambilnya sebagai pelajaran dan pengajaran untuk lebih peka pada masa akan datang.”

Takpelah drama pun dah habis, views pun dah bukan-bukan. smiley tongue out Lepas ni kena lebih careful okay?

 

Baca: “Jangan bangga dgn dosa maksiat” – Penceramah Tegur Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me

page bl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.