in

Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?

Pegawai Polis Langgar Pelajar Kes Pukul Wanita Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kes melibatkan seorang pegawai polis yang melanggar seorang pelajar berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie berdekatan sekolahnya telah mendapat perhatian ramai.

Terbaru, ada netizen membuat pendedahan rupanya pegawai polis berkenaan pernah terlibat dalam satu kes lain sebelum ini dan didakwa telah mencederakan seorang wanita hamil.


Langgar pelajar bukan kes pertama?

Menerusi hantaran di X, dikongsikan sebuah laporan polis yang mendakwa pegawai polis berkenaan telah menumbuk perut dan menolak badan mangsa ke mesin jahit berkali-kali.

Tak cukup dengan itu, suspek juga telah memukul adik dan bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Kes tersebut difahamkan berlaku di Kelantan dan dakwa sumber, kes berkenaan telah ditutup oleh pihak-pihak tertentu.

Ipoh

Qqq

Gbhpfazaiaazen

Gbhpfiva4Aafdfy 1

Pun begitu, awal pagi ini, pegawai polis berkenaan telah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh pelajar dalam kes langgar lari pada 15 Disember lalu.

Menurut laporan, tiada sebarang pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

0Bf2A6B9 Mohd Nazri Abdul Razak Bunuh Budak Bernama 01 181223

Mohd Nazri Abdul Razak, 44, telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: X, FMT

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.